NasionalNegeri

Perkhidmatan MAIPs perlu kukuhkan integriti diri dan individu bawah seliaan – Raja Muda Perlis

BUKAN mudah untuk kita membentuk diri untuk menjadi seorang individu yang berintegriti tinggi. namun pepatah ada mengatakan bahawa “kalau hendak seribu daya”, maknanya kita akan berusaha untuk mencapai sesuatu jika kita benar-benar inginkannya.

Jadi, bagi individu khususnya semua Pekhidmat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang inginkan kehidupan yang cemerlang pada masa hadapan, perlu terus berusaha memperkukuhkan tahap integriti diri dan individu-individu di bawah tanggungjawab dan seliaan masing-masing.

Semoga organisasi kita ini akan terus berjaya serta membudayakan integriti di segenap segi kehidupan. InsyaAllah.

Semua turut diajak merenungkan kata-kata cendekiawan Albert Einstein yang berbunyi, “…integrity without knowledge is weak and useless, and knowledge without integrity is dangerous and dreadful…”.


Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai program kayuhan berbasikal MAIPs Peduli di sekitar Kampung Wang Kelian baru-baru ini.

Sebanyak tiga buah rumah asnaf terpilih disantuni oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra bagi menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs.

Raja Muda turut bertitah bahawa MAIPs amat menghargai individu-individu yang sentiasa bermurah hati dengan menunaikan tanggungjawab melaksanakan ibadah berzakat untuk disalurkan asnaf yang memerlukan bantuan di negeri ini. – SM

(Visited 27 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button