Hiburan

Gabungan Trio terhebat dari Indonesia bakal adakan konsertΒ  di Malaysia

KUMPULAN trio popular dari Indonesia iaitu TBA atau lebih dikenali sebagai Coboy Junior atau CJR bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia di lokasi berprestij Zepp Kuala Lumpur pada 29 November 2024.

 

Perkara ini diumumkan oleh penganjur EVB GROUP menerusi satu kenyataan kepada media.

 

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa TBA akan mengadakan konsert eksklusif di Malaysia! Konsert yang dinantikan ini merupakan kali pertama mereka membuat persembahan di Kuala Lumpur dan akan berlangsung pada 29 November 2024, bertempatdi Zepp Kuala Lumpur,” katanya.

Kumpulan ini ditubuhkan pada 2011, nama baharu TBA diambil dari gabungan nama anggotanya Teuku Ryzki, Bastian Steel, dan Alvaro Maldini terkenal dengan genre pop dan persembahan bertenaga.

 

Sebelum ini merekan lebih dikenali sebagai Coboy Junior, tampil berempat dan membawakan lagu-lagu genre pop serta popular menerusi lagu Kamu (2011), Eeaaa(2012) dan Kenapa Mengapa (2012).

 

Menurut EVB GROUP, menerusi konsert yang disokong oleh Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) ini, peminat juga akan disajikan dengan persembahan UN1TY dan artis tempatan, Amir Hariz.

 

Tiket untuk menonton konsert TBA mula dijual kepada umum bermula pada hari ini, 1 Julai 2024, jam 12 tengah hari dan boleh didapati di evb.ubertickets.asia.

 

“TBA akan mempersembahkan koleksi lagu-lagu hit serta beberapa lagu baru yang belum pernah didendangkan sebelum ini.

 

“Peminat akan dihiburkan dengan persembahan yang memukau, menjadikan malam itu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

 

“Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat ini secara langsung! Jumpa anda di sana untuk malam yang penuh dengan muzik dan kenangan indah!’’. Jelasnya.

Artiklr Berkaitan :>

Penyanyi dangdut Indonesia akur tidak terlalu seksi dan bergoyang di konsert Milenia

Judika bersedia konsert 21Β OktoberΒ ini

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button