Nasional

Gabungan NGO wanita, pendekatan pemimpin kepada masyarakat

PENUBUHAN Gabungan Organisasi Bukan kerajaan (NGO) Wanita sebagai suatu transformasi sosial diharapkan mampu suburkan muafakat masyarakat.

Gabungan yang terdiri daripada 40 NGO, persatuan dan kumpulan wanita di Pasir Gudang dilihat sebagai satu model meletakkan kumpulan besar masyarakat di bawah satu bumbung.

Justeru, ia juga dilihat menjadi salah satu kaedah pendekatan dan penyampaian daripada pemimpin terus kepada masyarkat melalui NGO dan kumpulan masyarakat.

Malah, penubuhan gabungan itu juga diharapkan dapat membantu masyarakat dalam menangani pelbagai isu dan cabaran khususnya berkaitan wanita.

“Sebagai wadah kebaikan dan transformasi sosial. Gabungan ini dijangka mampu mengukuhkan ikhtiar kemasyarakatan.

“…dan menyuyburkan muafakat dalam kalangan masyarakat setempat yang berhadapan dengan pelbagai isu, masalah dan cabaran.

“Saya mengalu-alukan penubuhan Gabungan NGO2 Wanita yang dianggotai lebih 40 NGO, Persatuan dan kumpulan wanita di Pasir Gudang.”

Kata bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas dilihat menghadiri Majlis Pelancaran Badan Gabungan NGO Wanita Pasir Gudang di Johor Bahru, Johor.

Tambahnya, selain menyuburkan muafakat, penubuhan gabungan ini juga mampu menggerakkan pelbagai pertubuhan dibawahnya selain membawa masyarakat kepada aktiviti yang mengeratkan.

“Gabungan ini juga dijangka mampu menyemarakkan aspirasi antara sesama mereka,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button