Nasional

Futsal satukan masyarakat, lahirkan pemain berpotensi

Sukan futsal mampu menyatukan masyarakat, malah penganjurannya adalah inisiatif yang baik dalam mengesan dan mencungkil bakat-bakat pemain bola sepak yang berpotensi untuk negara pada masa akan datang.

Justeru, Ahad lalu, diadakan Kejohanan Futsal Bulan Kemerdekaan bagi merebut Piala Senator Datuk Dr Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan 1 itu.

Datuk Dr Mah dalam ucapan perasmiannya berkata pembangunan sukan bola sepak negara memerlukan pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi melahirkan pemain yang berpotensi mewakili daerah, negeri seterusnya negara.

Datuk Dr Mah Hang Soon meraikan pasukan Oxy Myg yang menjuarai Kejohanan Futsal Bulan Kemerdekaan.

Pertandingan anjuran Pejabat Penyelaras MCA Parlimen Tanjung Malim yang melibatkan penyertaan 64 pasukan dari seluruh persatuan belia Parlimen Tanjung Malim itu diadakan di DSS Futsal , Behrang.

Pertandingan yang disaksikan kira-kira 1,000 penduduk setempat itu menawarkan hadiah wang tunai pertama RM3000 beserta trofi dan medal ; kedua, RM1,500 (trofi dan medal); ketiga dan keempat RM750 (trofi dan medal) manakala tempat kelima hingga kelapan masing-masing menerima RM200.

Datuk Dr Mah berkata pertandingan yang dianjurkan itu dapat mencungkil bakat untuk program pembangunan bola sepak negara.

Antara penduduk yang menghadiri program.

Katanya, ia juga akan menjadikan kawasan parlimen Tanjung Malim sebagai hub sukan sebagai pelancongan selain mewujudkan ukhwah antara pemimpin dan masyarakat. dan merupakan program mingguan pemimpin dan masyarakat.

Keputusan pertandingan menyaksikan kejuaraan menjadi milik pasukan Oxy Myg; naib johan, Hyperrich , manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Man TCS.

Menurut Pengerusi Persatuan Belia Behrang Stesen, Mohd Syahrul Rahim berpendapat program itu sangat rapat di hati belia.

Datuk Dr Mah Hang Soon bersama penggerak kejohanan.

“Dato Dr Mah Hang Soon sentiasa mendampingi belia di Tanjung Malim dengan pelbagai program di setiap hujung minggu dan suka mendampingi masyarakat,” katanya.

Menerusi program ini juga, katanya, dapat menjalin hubungan baik antara persatuan-persatuan sukanyang ada di kawasan parlimen Tanjung Malim.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button