Rencah Hidup

Frontliners terharu netizen hargai jasa

BEGITU masyarakat menghargai jasa dan pengorbanan para petugas barisan hadapan (frontliners) yang bekerja tanpa cuti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lantara itu, satu cadangan dikemukakan oleh pengguna Facebook Abduh Nursalam yang mengajak orang ramai menghargai jasa mereka dengan belanja makan.

BACA > PKPP: “Terima kasih abang polis dan abang askar” — Suara Merdeka

Menerusi #HariBelanjaMakanFrontliner, menurut Abduh Nursalam, cadangan itu sempena berakhirnya PKP Bersyarat (PKPB) yang membenarkan hampir semua sektor ekonomi kembali beroperasi.

“Ini cadangan saya je. Saya nak ajak supaya ramai-ramai kita buat.

“Kalau kita sedang makan di mana-mana, kalau ternampak abang polis, nurse, doktor, askar, bomba dan lain-lain, kita ambil bil makanan yang mereka order tu, minta izin, bagitahu kita nak belanja mereka makan hari ni.

“Kalau tidak mahu mereka tahu, bayar sahaja senyap-senyap,” kata Abduh dalam Facebooknya.

Tambahnya, cadangan itu sebagai tanda terima kasih kepada frontliner yang menjaga, mengawal dan merawat rakyat Malaysia ketika serangan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Malah, dia turut berharap agar tindakan yang dilakukan orang ramai nanti akan membuatkan mereka tersenyum dan rasa dihargai.

“Manalah tahu dengan kita buat baik dekat orang, Allah jadikan asbab untuk diangkat wabak Covid-19.

Buat mereka tersenyum dan gembira hari ini. Hari esok kita pula yang akan gembira. Kena selalu amalkan, bila sedang rasa happy belanja orang makan,” ujarnya.

BACA > Belum pernah seorang Perdana Menteri diuji sebegini berat dalam 100 hari — Suara Merdeka
BACA > UM, UPM, UKM, USM dan UTM dalam kelompok 200 terbaik dunia — Suara Merdeka

Ternyata cadangan yang dilontar Abduh mendapat reaksi positif pengguna media sosial.

Malah ada dalam kalangan kenalannya berkongi rakan-rakan frontliner menerima pemberian yang tidak disangka.

“Patutlah tadi masa habis program, tiba-tiba ada pekerja McDonald’s datang bawa aiskrim untuk team kami.

“Katanya ada orang belanja. Alhamudlillah, semoga murah rezeki kalian,” reaksi Fahmy Rossi-d.

“Tak perlulah belanja kami. Cukup sekadar menghargai jasa-jasa barisan hadapan. Kami semua buat kerja dengan ikhlas,” balas Abe Joe.

“Terima kasih, saya pernah ada orang bayarkan. Syukur Alhamdulillah dan rezeki itu dikongsi dengan rakan yang bertugas waktu sama ketika itu.

“Terima kasih walaupun kami tidak tahu siapa yang bayarkan, namun doa kami iringi,” tutur Siti Nur Syuhada Baharuddin.

“Terbaik cadangan tuan. Mari semua, kita sama-sama berbakti kepada frontliner pula,” komen Shahriman Mel.

“Syukur Alhamdulillah, sudah buat masa PKP, sayu melihat mereka… bergenang air mata,” luah Lin Orchid.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang berseloroh dengan ajakan tersebut namun masih berkeinginan untuk berbuat demikian.

“Setuju, tetapi janganlah kita makan mi goreng mereka makan ikan bakar. Tenat juga,” seloroh Abah Adam Zaman.

“Lepas ini pergi kedai makan pakai baju askar, kot ada orang hendak belanja,” gurau Zayd Al-Khayr.

BACA > Ekonomi berada pada landasan betul untuk pulih — Suara Merdeka
BACA > Boleh solat Jumaat, fardu secara jemaah di Perak — Suara Merdeka

“Kena keluar pergi kedai mamak pakai uniform macam ini,” balas Amin Alfasi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button