Acara

From Kampung Street To Jalan Ampang – Ini Kami, Inilah Kita

Satu babak baru yang menarik telah dilancarkan dalam industri perkahwinan. Cornerstone IPC selaku Penyedia Venue Majlis, Merindu Savior selaku Pengurusan Majlis, dan Lilit Pipit selaku Dekorator Majlis, tiga usahawan muda ini telah bergabung idea dan tenaga dengan sokongan dari vendor ternama telah melancarkan Pakej “From Kampung Street To Jalan Ampang – Ini Kami, Inilah Kita”. Usaha kolaboratif ini telah menggabungkan kepakaran pengurusan venue, pengurusan acara dan hiasan dekoratif untuk mencipta pengalaman perkahwinan yang unik.

Objektif utama pelancaran “From Kampung Street To Jalan Ampang – Ini Kami, Inilah Kita” adalah untuk memperkenalkan Pakej Perkahwinan, sebuah pakej perkahwinan impian terkini yang merangkumi perkhidmatan dan produk daripada vendor perkahwinan profesional. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu pasangan yang akan berkahwin untuk merealisasikan perkahwinan impian mereka, berlatarbelakangkan pemandangan megah KLCC.

Diilhamkan oleh idea asal Athira Izzati, Pengarah Operasi Cornerstone IPC untuk membuat kelainan dalam gimik kempen dan pelancaran pakej ini, perjalanan kerjaya dan impian awal Zaza Sabran dan Bisron Akhmal, Pengasas Merindu Savior dan Lilit Pipit, tema dan nama “From Kampung Street to Jalan Ampang-Ini Kami, Inilah Kita” menggambarkan hijrah mereka dari kampung halaman ke Kuala Lumpur untuk mengejar impian besar dalam industri perkahwinan. Kisah benar yang penuh inspirasi ini diangkat indah dalam bentuk filem pendek sebagai sebahagian daripada kempen dan pelancaran “From Kampung Street to Jalan Ampang – Ini Kami, Inilah Kita”.

Beberapa nama hebat dalam industri telah berkumpul untuk memberi sokongan penuh dan menyertai “From Kampung Street To Jalan Ampang – Ini Kami, Inilah Kita”, melibatkan Merindu Savior, Lilit Pipit, Cleography Studio, Suri Catering Events, Jerry Amir, Kotak Photobooth, Reka Baka, THALIA, Laiyan KL, Nickeeta, Ole-Ole Manis, Cherita dan Pesanan masing-masing membawa sentuhan unik mereka ke dalam pakej hebat ini yang bakal memberi impak besar dan wajah baru kepada landskap majlis di Cornerstone IPC.

Majlis pelancaran ini turut dimeriahkan dengan persembahan peragaan fesyen pengantin oleh pereka fesyen THALIA. Pertunjukan berjudul “A Walk-Through Time, Bridal Collection 2024-2025” telah mempersembahkan sebanyak 12 rekaan eksklusif yang mencerminkan keanggunan dan gaya pengantin mengikut peredaran masa dan budaya.

Artikle Berkaitan :>

Acara Hari Peneroka Felda dapat sambutan dari orang ramai, ada jualan musim durian dan konsert

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button