NasionalNegeri

“Friends of Customs” mampu tingkat banteras penyeludupan dadah

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Perlis yakin menerusi program Khidmat Bakti Masyarakat (CSR) “Friends of Customs” akan mampu meningkatkan kerjasama antara Malaysia-Thai bagi menangani dan membanteras penyeludupan dadah.

Pengarahnya, Ismail Hashim berkata, sudah pasti juga JKDM yang bertugas di kawasan sempadan perlu bekerjasama dengan pihak Thailand.

Ismail Hashim

BACA https://suaramerdeka.com.my/abdul-latif-ketua-pengarah-kastam-baharu/

“Sekaligus kerjasama bileteral yang baik antara Malaysia-Thai ini akan memberikan impak pada jangka panjang,” katanya pada sidang media selepas program Khidmat Bakti Masyarakat “Friends Of Customs” di pekarangan Perumaham Kastam di Jalan Stadium, Kangar hari ini.

GAMBAR HIASAN – GAMBAR CARIAN GOOGLE

Pada program ini, kira-kira 20 anggota Kastam dan Polis Marin Thai yang bertugas di Padang Besa, Wang Prachan dan Sattun hadir pada majlis ini.

BACA PAUTAN ARTIKEL https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/12/1033690/syor-buka-pintu-sempadan-perlis-thailand-hingga-tengah-malam

Antara rakan strategik lain yang terlibat dalam program ini termasuk nelayan, syarikat kurier dan media.

Perasmian dilakukan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Zazuli Johan https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/860831/zazuli-dilantik-ketua-pengarah-kastam-baharu dan hadir sama Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Ribuan Abdullah.

Zazuli memberikan cederamata kepada rakan strategik JKDM pada majlisKhidmat Bakti Masyarakat (CSR) “Friends of Customs” sambil diperhati Ismail (kanan) dan kiri (Ribuan).

Ismail berkata, pihaknya kini sedang menganjurkan Program Remisi Penalti dan Surcaj di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan bermula 1 Februari lalu hingga 30 September depan.

“Jabatan memutuskan memberi kelulusan remisi seratus peratus ke atas amaun penalti dan surcaj kepada syarikat-syarikat yang membuat pembayaran ke atas tunggakan cukai, penalti dan remisi dalam tempoh program ini,” katanya.

BACA https://suaramerdeka.com.my/57342-2/

BACA https://suaramerdeka.com.my/57342-2/ – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button