Politik

Forum Invest Malaysia tarik minat pelabur pasaran modal ekuiti dan bon

Usai bertemu dengan syarikat Fortune 500, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya bertemu dengan kira-kira lebih 200 delegasi di forum Invest Malaysia: Regaining Malaysia’s Lead in Asia New York yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia bersama Bank of America, CIMB, HSBC, Maybank dan Standard Chartered.

Turut bersama dalam sesi tersebut adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Gabenor Bank Negara, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dato’ Seri Dr Awang Adek Hussin.

Forum Invest Malaysia tarik minat pelabur pasaran modal ekuiti dan bon
 Forum Invest Malaysia tarik minat pelabur pasaran modal ekuiti dan bon

“Forum ini telah menarik minat para pelabur pasaran modal ekuiti dan bon – dengan nilai aset di bawah pengurusan mencecah USD 40 trilion.

“Invest Malaysia New York mengetengahkan halatuju negara yang dibina melalui Kerangka Ekonomi MADANI, disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal RMK-12,” kata Perdana Menteri.

Kerangka tersebut menjadi panduan dalam mencapai matlamat pembangunan negara serta memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Ucaptama saya disusuli dengan sesi interaksi dengan para pelabur.

“Saya yakin forum ini dapat menarik minat dan mengutuhkan keyakinan pelabur untuk ke Malaysia,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button