Food Bank Siswa Ke-29 dilancar di UiTM Sarawak
Program Food Bank Siswa secara rasmi telah melebarkan sayapnya di Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Sarawak hari ini.
Sekaligus UiTM Cawangan Sarawak menjadi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke-29 di negara ini yang menerima manfaat daripada Inisiatif Program Food Bank Siswa.
Setakat ini program berkenaan telah menyantuni 831 pelajar B40 pelbagai bidang yang membolehkan mereka memberikan tumpuan terhadap pembelajaran mereka.
Program di bawah Food Bank Malaysia ini dikelola oleh Sekretariat Food Bank Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kota Samarahan 2, Datuk Seri, Alexander Nanta Linggi berkata,
program di bawah Food Bank Malaysia ini dikelola oleh Sekretariat Food Bank Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Beliau berkata, kejayaan Food Bank Siswa UITM Cawangan Sarawak ini ditunjangi oleh rakan-rakan strategik seperti Everrise dan Econsave yang sudi menghulurkan bantuan dalam bentuk keperluan siswa seperti dinyatakan di atas.
“KPDNHEP sangat mengalu-alukan sumbangan badan korporat, pemain industri sektor pemborongan, peruncitan dan katering serta orang perseorangan untuk menjadi rakan strategik Program Food Bank dalam membantu golongan yang memerlukan sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat dalam meringankan bebanan kos sara hidup golongan B40,” katanya dalam kenyataan di sini.
Selain itu, katanya, kementerian juga turut melaksanakan Inisiatif Teknologi Pembungkusan Secara Retort yang melibatkan industri perhotelan, katering dan pengeluar makanan berasaskan pertanian.
“Sehingga kini, sebanyak 12 mesin retort telah beroperasi di sepuluh lokasi terpilih dan telah berjaya menghasilkan lebih daripada 3000 pek makanan untuk diagihkan kepada golongan sasar yang dikenalpasti,” katanya.
Katanya, sehingga kini sebanyak 21,025 siswa dari 28 buah IPT di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program Inisiatif Program Food Bank Siswa mulai Februari 2019 sehingga September lalu. – SM