Filipina keluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi 7.2 magnitud landa Taiwan
FILIPINA mengeluarkan amaran tsunami dan menggesa pemindahan penduduk di kawasan pantai di seluruh negara pada hari Rabu selepas gempa bumi 7.4 magnitud Taiwan.
“Orang ramai di kawasan pantai di wilayah berikut amat dinasihatkan supaya segera berpindah ke kawasan yang lebih tinggi atau bergerak lebih jauh ke pedalaman,” kata institut seismologi Filipina.
Kawasan pantai di 23 wilayah dari utara ke selatan negara kepulauan itu, tetapi bukan ibu kota Manila, “dijangka mengalami gelombang tsunami” berdasarkan model gelombang tsunami, tambahnya.
Gelombang tsunami pertama dijangka melanda antara 8.33 pagi dan 10.33 pagi yang “mungkin bukan yang terbesar dan ombak ini mungkin berterusan selama berjam-jam”.
“Pemilik bot di pelabuhan, muara atau perairan pantai cetek di wilayah yang disebutkan di atas harus mengamankan bot mereka dan menjauhi kawasan pantai,” katanya.
“Bot yang sudah berada di laut dalam tempoh ini harus berada di luar pesisir di perairan dalam sehingga dinasihatkan selanjutnya,” demikian menurut amaran itu.