Nasional

FESDAYA 2022 anjuran Budiman, FBK dukung misi MOTAC

Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN) dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengimarahkan kampus dengan menganjurkan Festival Seni dan Budaya 2022 (FesDaya’ 22) yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober ini.

Presiden BUDIMAN, Prof Dr Abdul Halim Ali berkata pelaksanaan program menerusi geran yang didanai oleh Kementerian Pelancongan, Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu dapat menggerakkan program seni dan budaya sekali gus menyokong aspirasi kementerian berkenaan.

“BUDIMAN berterima kasih kepada MOTAC yang meluluskan Dana Geran Sokongan Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (GSPSB) yang bertujuan bertujuan menyemarakkan dan mengaktifkan semula sektor pelancongan, seni dan budaya agar terus berdaya saing melalui pemberian sokongan dan bantuan insentif kepada pihak swasta serta persatuan bukan kerajaan (NGO)serta penggiat industry.

Justeru, katanya, pada 25 hingga 27 Oktober BUDIMAN akan mengadakan Pameran Seni dan Budaya Melayu yang menterjemahkan kebudayaan Melayu sebagai aspek penting peradaban bangsa negara Malaysia yang mesti dipertahankan oleh semua pihak dan perlu diwariskan kepada generasi akan datang.

Related Articles

Aktiviti pameran seni dan kebudayaan Melayu itu, katanya, dapat melengkapkan sebahagian daripada objektif Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) dari sudut pengukuhan perpaduan bangsa dan negara di samping memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang berpaksikan pada sumber seni dan budaya Melayu.

Pameran Seni dan Budaya Melayu yang bakal diadakan Foyer Dewan Konvensyen Bangunan E-Learning , Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang akan diisi dengan menyaksikan pameran busana, tanjak , lukisan , “Sepagi Bersama Pelukis” serta Persembahan Cikgu Kasmin serta persembahan kebudayaan.

Selain itu turut diadakan Seminar Internasional Ketiga Literatur Nusantara (SILiN 3.0) serta Diskusi Buku yang membabitkan penyertaan dari dalam dan luar negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button