HiburanUncategorized

Fattah tolak komisen hasil jualan kambing perap, infak pada golongan yang memerlukan

PELAKON terkenal, Fattah Amin, baru-baru ini membuat keputusan mulia dengan menolak komisen hasil daripada jualan kambing perap menerusi siaran langsung di TikTok.

Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, memilih untuk menginfakkan sepenuhnya komisen yang diterimanya kepada golongan yang memerlukan.

Syarikat jenama kambing perap tersebut mendedahkan perkara itu melalui sebuah hantaran di media sosial, di mana mereka turut berkongsi perbualan bersama pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di dalam kumpulan WhatsApp. Dalam hantaran itu, syarikat berkenaan menyatakan rasa bangga terhadap keputusan Fattah.

“Kami kecewa kerana beliau menolak komisen dan tidak mengambil walau satu sen atas usaha penjualan kambing perap. Namun, kami bangga melihat keyakinan beliau terhadap rezeki yang telah ditakdirkan. Kami memohon izin untuk berkongsi kisah ini sebagai inspirasi kepada rakyat Malaysia. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Semoga segala kebaikan Fattah Amin dibalas dengan ganjaran berlipat ganda,” kata pihak syarikat tersebut.

Walaupun mereka tidak mendedahkan jumlah sebenar komisen yang diperolehi, difahamkan Fattah berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap dalam tempoh tiga jam siaran langsung di TikTok.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button