Hiburan

Fattah Amin tuju lagu khas buat anaknya

KALAU sebelum ini pelakon, Fattah Amin menyanyikan lagu khas buat sebelum kelahiran anaknya, kini selepas dikurniakan cahaya mata, dia tampil dengan sebuah lagi lagu.

Lagu terbaharu berjudul Sinar Selawat itu menurut Fattah menterjemahkan kebahagiaan yang menghuni sudut hatinya selepas bergelar bapa.

“Sinar Selawat menterjemahkan suara hati dan perasaan bersyukur saya apabila dikurniakan Allah SWT dengan anugerah terindah dalam hidup iaitu zuriat.

“Seperti pasangan lain, saya dan isteri juga mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan rumah tangga kami berdua.

Alhamdulillah, penantian dan doa kami selama ini terjawab dengan kehadiran Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu,” katanya.


Menurut Fattah, momen itu terlalu bermakna dan ia menjadi kenangan paling manis buat saya serta isteri.

Jelasnya, kemanisan itu lebih dirasai apabila kehadiran permata hati saya itu itu turut diraikan dengan iringan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Fattah mengakui, projek istimewa kedua sempena kelahiran anak sulungnya itu begitu dekat dengan hatinya.

Malah, sepanjang proses rakaman berlangsung, hatinya begitu tersentuh dengan bait indah lirik yang digarap kemas Ahmad Fedtri.

“Sebagai penulis lirik berpengalaman, Ahmad Fedtri begitu memahami, malah berjaya menyelami segala yang terpendam dan terbuku di sudut hati saya ketika menempuh perjalanan untuk menjadi seorang bapa.

“Dia juga berjaya menterjemahkan perasaan bertuah dan terharu saya apabila diberikan Allah SWT peluang berharga untuk menikmati setiap momen istimewa yang mengubah seluruh kehidupan saya sejak kelahiran Nur Fatima Aisya.

“Setiap bait menyimpan makna yang tersendiri dan ia menjadi lebih indah apabila diselitkan dengan puji-pujian terhadap Allah SWT serta selawat sebagai simbolik kesyukuran saya meraikan kehadiran zuriat pertama dalam hidup,” jelasnya. -SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button