Fatiya Latiff mungkin hidap bipolar?
Pelakon kontroversi Fatiya Latiff sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila dia tanpa rasa segan silunya memuat naik gambar bekas kekasihnya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza.
Umum mengetahui pelakon lelaki itu suami kepada aktress Zahirah MacWilson dan telah pun mendirikan rumah tangga pada Februari 2020 namun tindakan Fatiyah agak luar biasa.
Bermula pada dua hari lalu Fatiya mula menyerang peribadi isteri bekas kekasihnya dengan gelaran ‘bibik’ dan mengatakan Zahira Macwilson ibarat seorang pembantu rumah yang tidak cantik.
Kenyataan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan artis lain termasuk Zarina Anjolie atau lebih mesra di sapa sebagai Anju yang tidak kurang panas dengan kontroversi.
Maka Anju dan Fatiya berbalas sindiran di media sosial dan ramai yang menganggap Fatiya seperti seseorang yang sedang berdepan dengan penyakit mental atau bipolar.
Selain terperangkap dengan dunia cinta yang tidak terbalas, Fatiya sanggup mencari keratan artikel lama pada tahun 2017 kononnya Aiman Hakim Ridza masih mencintainya.
Paling tidak diduga Fatiya turut meninggalkan kapsyen berbunyi ‘maaf ya bik!’ pada hantaran itu sedangkan realitinya Aiman Hakim dan Zahira telah pun memiliki beberapa cahaya mata.
Menjengah ke ruangan Instagram, Fatiya turut memuat naik gambar lamanya yang masih keadaan cantik dan normal ketika masih aktif terlibat dalam bidang seni.
Tindakan Fatiya dilihat sering berubah-ubah ibarat pesakit bipolar yang sedang mengalami kecelaruan identiti seperti sekejap bertudung dan sesekali tidak berhijab.
Malah Fatiyah juga dilihat sering menggunakan bahasa kasar dalam menzahirkan ekspresinya dalam media sosial sejak ke belakangan ini.
Namun sehingga kini tiada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan daripada pasangan suami isteri tersebut biarpun mereka seolah-olah diganggu Fatiyah beberapa kali.
Artikle Berkaitan :>
”Kau pernah menang award tak ?”- Fathia Latiff sekali lagi sindir Zahira MacWilson