Nasional

Fasa keempat program imunisasi kebangsaan diaktifkan Rabu ini

Fasa keempat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melibatkan sektor perkilangan yang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diaktifkan Rabu ini.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata,  fasa tersebut perlu digerakkan segera dalam kalangan industri agar kluster tempat kerja dapat dikawal.

“Selepas ini, agihan vaksin akan dibuka kepada sektor industri lain termasuk pembinaan, perladangan, peruncitan dan hospitaliti.

“Ia akan digerakkan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan setiap sektor akan dapat dilindungi,” katanya

Khairy Jamaluddin berkata, agihan vaksin kepada sektor industri itu akan diselaraskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Menurutnya, sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) akan dibuka dengan kerjasama MITI.

Sementara itu, Khairy berkata, ketika ini, enam PPV mega sedang beroperasi bagi menyegerakan fasa dua PICK dengan sasaran 30,000 orang boleh divaksinasi setiap hari.

“Sebuah lagi PPV mega dibuka di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) hari ini dengan agihan dos harian dihadkan kepada 4,900 dos,” katanya pada sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini

Khairy Jamaluddin turut memaklumkan lebih 30,00 dos vaksin akan diagihkan ke Wilayah Persekutuan Labuan dalam masa terdekat.

Perbincangan berhubung perkara itu telah dijalankan memandangkan berlaku peningkatan kes di wilayah tersebut.

“Sekarang ini, CITF sedang melihat kapasiti pemberian vaksin di Labuan untuk memastikan bahawa penghantaran 30,000 dos ini dapat disuntik secepat mungkin,” katanya dalam sidang media mingguan, hari ini.

Setakat ini, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan seramai 17,395 individu menerima dos pertama di Labuan.

Untuk rekod, sejumlah 5,955,092 dos vaksin telah diedarkan ke seluruh negara melibatkan 1.Coronavac (Sinovac) berjumlah 1,674,142 dos, Cominarty (Pfizer) berjumlah 3,632,850 dos dan AstraZeneca berjumlah 648,100 dos

Sebanyak 1,333,800 dos vaksin Pfizer akan tiba dan diagihkan pada minggu ini sehingga awal Julai. Sejumlah  444,600 dos akan diagihkan pada 16 hingga 18 Jun, 444,600 dos lagi  akan diagihkan pada 23 hingga 25 Jun dan 444,600 dos akan diagihkan pada 30 Jun hingga 2 Julai. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button