NasionalNegeri

FAMA Perlis perkasa PPL untuk dimanfaat pengusaha mangga Harumanis

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis berhasrat memperkasakan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) untuk dimanfaatkan oleh 2, 187 pengusaha mangga Harumanis di negeri ini.

Pengarahnya, Mohd Anzara Azizan berkata, sekaligus ini akan memberi kemudahan kepada para pengusaha mangga Harumanis untuk memasarkan hasil masing-masing.

Beliau berkata, sebelum ini pengusaha Harumanis perlu membawa hasil ke pusat Operasi FAMA dari ladang masing-masing.

“Jika ada mangga Harumanis ditolak kerana rosak dan sebagainya maka terpaksa pula pengusaha membawa pulang di mana keadaan ini dilihat agak membebankan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pelaburan Harumanis di Pejabat FAMA Perlis di Jalan Behor Temak, Kangar, semalam.

Hadir sama Pengarah FAMA Kedah, Zuriana Mat Adam.

Seminar sehari berkenaan melibatkan 150 peserta dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Mohd Anzara berkata, bagi memperkasakan PPL, pihaknya berharap dapat menyediakan semua kelengkapan termasuk peralatan bagi kemudahan pembelian mangga Harumanis termasuk penggredan.

“Kita ada tempoh beberapa bulan lagi dan bila ia lengkap baharu kakitangan akan turun bertugas di PPL di sepanjang musim Harumanis,” katanya.

Bagaimanapun sebelum itu katanya, FAMA akan turun padang untuk menemui para pengusaha supaya dapat menggunakan bantuan kerajaan menerusi pemerkasaan PPL ini.

Sekalipun FAMA tidak memaksa pengusaha menjual mangga Harumanis kepada PPL, katanya tetapi inilah peluang terbaik yang harus digunakan.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) jika ada keperluan mewujudkan lagi PPL di kawasan ceruk.

Sementara itu Mohd Anzara berkata, hasil Jualan Agro Madani sehingga 6 Februari lalu mencatatkan sebanyak RM298, 794.

Katanya, ia melibatkan penyertaan 296 usahawan dengan kunjungan 15, 200 pengguna.

Sekali lagi katanya, jualan 550 kampit Beras Putih Tempatan (BPT) laris pada Jualan Agro Madani di pekarangan Pejabat FAMA Perlis.

Katanya, harga daging tempatan RM32 sekilogram selain telur Gred B sepapan RM12.90 menjadi tumpuan pengguna. – SM

BACA FAMA Perlis jangka jualan pasar tani tahun ini RM5 juta

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button