NasionalNegeri

FAMA Perlis beli 34 tan metrik Harumanis, Perlis Sunshine tahun ini

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis akan membeli 34 tan metrik mangga Harumanis dan Perlis Sunshine yang bernilai RM129,000 pada tahun ini.

Abd Rahman Mahmood

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)nya, Abd Rahman Mahmood berkata, FAMA hanya membeli 10 peratus sahaja dari jumlah pengeluaran keseluruhan mangga Harumanis di Perlis.

Katanya, ini kerana pihaknya mahu menggalakkan para pengusaha tanaman ini memasarkannya sendiri termasuk secara online.

“FAMA hanya membeli dua jenis mangga ini hanya melibatkan peserta yang terlibat dalam Ladang Kontrak,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani “Forward Aggrement” Mangga Harumanis dan Perlis Sunshine di Ladang Harumanis MJ Legacy, Kampung Hutan Ketiau, Sungai Batu Pahat, Kangar.

Hadir sama Pengarah FAMA Perlis, Mohd Anzara Azizan dan Pengurus MJ Legacy Harumanis, Mohamad Abdul Hamid.

Majlis menandatangani “Forward Aggrement” disertai oleh 10 peserta tanaman mangga Harumanis dan 10 peserta tanaman mangga Perlis Sunshine dari kawasan Bintong dan Chuping.

Pada majlis berkenaan juga diadakan penyerahan kertas pembalut harumanis kepada peserta.

Juga diadakan sesi dialog peserta Ladang Kontrak dengan pihak FAMA.

Abdul Rahman berkata, pihaknya masih belum menetapkan harga belian mangga Harumanis pada tahun ini berbanding tahun lalu dibeli dengan harga RM21 hingga RM25 sekilogram.

Beliau berkata, pihaknya juga masih menunggu keputusan dari Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) berhubung harga lantai baharu bagi mangga Perlis Sunshine.

Abd Rahman Mahmood (tiga dari kanan) sambil dibantu Mohd Anzara Azizan bagi membungkus mangga Harumanis selepas majlis menandatangani “Forward Aggrement” Mangga Harumanis dan Perlis Sunshine di Ladang Harumanis MJ Legacy, Kampung Hutan Ketiau, Sungai Batu Pahat, Kangar.

Katanya, FAMA akan membeli pada harga lantai jika pengeluaran berlebihan bagi membantu pengusaha yang terlibat dalam “Forward Agreement” ini.

“Sebelum ini kita masih menggunakan harga lantai lama di mana harga bagi buah muda 70 sen sekilogram, berbungkus RM2.30 dan tidak berbungkus RM1.70,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button