Sukan
FAM terus cari pemain warisan berkualiti perkuatkan Harimau Malaya
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus terbuka untuk mencari dan menerima pemain warisan berkualiti dari luar negara bagi memperkuatkan pasukan kebangsaan serta meningkatkan prestasi di peringkat antarabangsa.
Memetik BERNAMA, Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan insiden penolakan pemain kelab Go Ahead Eagles dari Belanda Mats Deijl oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak akan mematahkan semangat badan induk itu untuk terus mencari pemain warisan yang mampu meningkatkan daya saing pemain tempatan.
“Saya berharap adanya beberapa pemain warisan yang berpengkalan di luar negara ini tidak ‘membantutkan’ usaha kita untuk meneruskan atau mendapatkan pemain terbaik bagi meneruskan agenda kita untuk memperkuatkan pasukan nasional,” katanya.
Projek pertama kerjasama itu adalah menghasilkan lagu rasmi untuk Harimau Malaya yang dijangka dilancarkan selewat-lewatnya Mac tahun depan sebelum Pusingan Akhir Piala Asia 2027 berlangsung dari 17 hingga 25 Mac.
Ditanya tentang kemungkinan skuad Harimau Malaya dibarisi sepenuhnya oleh pemain warisan, Mohd Yusoff menjelaskan kehadiran pemain warisan adalah untuk meningkatkan kualiti permainan dan memberi saingan kepada pemain tempatan, bukan untuk sepenuhnya menggantikan mereka.