PEMAIN Selangor FC yang juga sayap utama Harimau Malaya, Faisal Halim, dilaporkan telah menjalani pembedahan selama empat jam bagi merawat kecederaan akibat disimbah dengan asid semalam.
Memetik laporan Astro Awani, keadaannya dilaporkan stabil.
Astro Awani yang memetik Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.
“Selepas Faisal Halim selesai menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi, Alhamdulillah nampak dia makin stabil,” katanya.