KEHADIRAN pemain sayap sensasi, Faisal Halim dalam bilik persalinan memberi inspirasi kepada pemain-pemain Selangor untuk menupas Negeri Sembilan 4-0 pada perlawanan Piala FA malam tadi.
Dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Petaling Jaya, malam tadi, Yohandry Orozco dan Avin Fortes masing-masing menyumbangka dua gol untuk memastikan Selangor menang mutlak untuk mencongak perhitungan dengan Kuching City bagi penentuan ke separuh akhir hujung bulan ini.
Ketua jurulatih The Red Giants, Nidzam Jamil, dalam temu bual selepas perlawanan itu, berkata: “Sudah pasti, Faisal sudah sebulan tidak bersama kami, dia merupakan pecahan yang hilang buat kami.
“Apabila Faisal berada di sini untuk menyokong, dia juga datang ke bilik persalinan sebelum perlawanan, saya dan rakan-rakan sepasukannya mengharapkan dia akan dapat pulang dengan segera.
“Dia datang 30 minit sebelum sepak mula, tiada siapa sangka, saya juga tidak diberitahu dan agak terkejut.
“Ia agak beremosi, kami dapat bergurau seperti biasa dan kami amat rindu untuk berbual dengannya.
“Saya amat gembira melihat perkembangannya.”
Faisal yang cedera akibat serangan asid bulan lalu kini masih dalam proses rawatan dan penyembuhan. – SM