Hiburan

Eyka Farhana Selesa Dedah Aurat Kepada Peminat Dalam Bulan Ramadan?

Sebelum ini pernah ditegur peminat kerana dikatakan berpakaian terlalu seksi, bagaimanapun pelakon Eyka Farhana berkata dia lebih selesa menjadi diri sendiri.

Terbaru, pelakon itu sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila meuat naik beberapa keping gambar bagi mempromosikan sebuah jenama antarabangsa.

Namun, apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen adalah pakaian yang digayakan dikatakan terlalu seksi dan mencolok mata.

Perkongsian foto tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur pelakon itu supaya lebih berpakaian sopan serta menghormati bulan Ramadan.

Bagaimanapun, difahamkan foto tersebut telah pun dipadam oleh Eyka mungkin selepas menerima teguran daripada peminat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button