Sukan
Euro 2024: Sepanyol bukan tandingan Croatia
SEPANYOL membuktikan mereka masih lagi jaguh di Eropad apabila memulakan kempen Euro 2024 dengan membelasah Croatia 3-0.
Dalam perlawanan kumpulan B, awal pagi tadi itu, anak-anak buah Luis de la Fuente memanfaatkan 45 minit separuh masa pertama untuk menjinakkan Croatia.
Pada separuh masa kedua tiada jaringan dihasilkan dan kedua-dua pasukan bermain seimbang.
Ketua pasukan Sepanyol, Alvaro Morata, serta pemain sandaran, Febian Ruiz dan Dani Carvajal menjadi pemusnah benteng lawan untuk memastikan mereka mendapatkan tiga mata penuh untuk menghuni tangga teratas kumpulan B.
Meskipun melakukan kesilapan ketika membuat hantaran, penjaga gol utama, Unai Simon, bangkit menyelamatkan sepakan penalti pasukan lawan hasil kekasaran yang dilakukan oleh pemain Manchester City, Rodri. – SM