JenayahNasionalNegeri

Enam kes keganasan rumah tangga di Perlis tahun ini

TERDAPAT enam kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan di Perlis dari Januari hingga Ogos tahun ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Wan Badariah Wan Saad berkata, ia melibatkan kalangan wanita yang berumur dari 25 hingga 35 tahun.

Wan Badariah

“Satu kes telahpun diberi “interim protection order” (IPO) yang melibatkan mangsa berumur 30 tahun manakala lima kes lagi di bawah “emergency protection order” (EPO),” katanya pada sidang media di Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) Arau, petang ini.

Sebelum itu, Wan Badariah melancarkan program Jeyarawara 2023: Kita Peduli Isu “Keganasan Rumah Tangga”, “Bijak Membantu, Elak Tertipu”.

Program ini anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis dan juga JKM Kedah.

Kempen bermula di lobi Stesen KTMB sebelum mengedarkannya kepada penumpang kereta api dari Arau sehingga ke stesen KTMB di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Wan Badariah menambah, program seperti ini lebih baik kerana maklumat seperti keganasan rumah tangga dapat disampaikan secara terus kepada masyarakat.

“Dengan cara “turun padang” segala maklumat akan disampaikan dengan lebih jelas serta mudah difahami masyarakat,” katanya.

Wan Badariah mengedar risalah sempena program program Jeyarawara 2023: Kita Peduli Isu “Keganasan Rumah Tangga”, “Bijak Membantu, Elak Tertipu” di dalam kereta api. – Gambar Ihsan Perlis Volunteer Action Community (PVAC)

Sehubungan itu, katanya ia dqpat menggalakkan masyarakat peka jika berlaku keganasan rumah tangga bukan sahaja pada ahli keluarga malah jiran atau kawan.

Selain itu, katanya mangsa juga tahu tempat yang harus dituju termasuk ke Pusat Khidmat atau Ketua Kampung bagi menerima bantuan jika tidak berani ke Balai Polis.

Wan Badariah, ini kerana kerajaan mahu memastikan kes keganasan rumah tangga dapat dibendung sebelum ia terlambat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button