Nasional

Empat terbunuh, satu hilang dalam kebakaran di Pengerang

EMPAT orang terbunuh manakala satu lagi hilang dalam kebakaran di unit hydrotreater diesel di Pengerang dekat Kota Tinggi malam tadi.

Menurut komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Pauzan Ahmad, seorang selamat manakala seorang lagi mengalami 70 peratus terbakar dalam kebakaran yang berlaku sekitar 10.50 malam.

“Tujuh mangsa terbabit, satu mangsa yang berjaya melarikan diri dikenali sebagai Mohd Saiful Amat, manakala seorang lagi yang cedera adalah Arnado Alexander,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang terbunuh dan hilang ialah Fadhi Akmal Fadzil, Azarul Ashraf Nor Akmal, Norfazly Md Nor, Che Huzaidy Che Harun dan Hadi Syafiq Jamil.

Sehingga 11.15 pagi hari ini, operasi melibatkan 33 orang anggota Jabatan Bomba dan sembilan kenderaan, dibantu oleh 37 orang anggota Pusat Kecemasan dan Perkhidmatan Pengerang Pusat (CEFS) dan lapam buah kenderaan. – Bernama

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button