KemalanganNasional

Elak lima kesalahan lalu lintas jika enggan ke mahkamah

PERINGATAN untuk semua pengguna jalan raya berhati-hati supaya tidak melakukan lima kesalahan lalu lintas yang akan terus dihadapkan ke mahkamah.

Exco Pengangkutan Negeri Perlis, Hamizan Hassan berkata, kesalahan ini sering dilakukan oleh pengguna jalan raya terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri nanti.

Beliau berkata, ia melibatkan kesalahan memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, gagal patuh isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju dan potong barisan.

“Kesemua lima kesalahan ini tidak akan dikenakan kompaun sebaliknya kena diselesaikan di mahkamah,” katanya.

HAMIZAN HASSAN menyerahkan cederamata kepada pengguna jalan raya sempena pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Perlis di Kilometer 26 Jalan Changlun – Kuala Perlis (sempadan Kedah/Perlis) petang tadi.

Terdahulu, Hamizan melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Perlis di Kilometer 26 Jalan Changlun – Kuala Perlis (sempadan Kedah/Perlis) petang ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah.

Pada majlis yang sama, Hamizan turut menyampaikan cenderamata kepada pengguna jalan raya.

Sementara itu, beliau berkata, kes kematian akibat kemalangan jalan raya antara Januari hingga Mac tahun ini sebanyak 11 orang.

Katanya, berbanding dengan tempoh sama pada tahun lalu, hanya tiga orang saja yang maut dalam kes kemalangan jalan raya.

Tambah beliau, 14 mangsa kemalangan yang mengalami cedera parah dari Januari hingga Mac tahun ini berbanding sebelumnya, kosong.

Hamizan berkata, pihaknya memandang serius angka kemalangan jalan raya yang dilihat semakin meningkat.

Beliau berharap, pengguna jalan raya mematuhi peraturan supaya dapat mengelak dari berlakunya kemalangan. – SM

Langgani saluran Telegram Suara Merdeka untuk berita terkini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button