El Azman tiada adik perempuan, tindakan undang-undang bakal diambil
PENGASAS jenama Elrah Exclusif yang terkenal dengan baju melayu, Mohd Hilmi Che Azman akan membuat laporan polis berhubung isu seorang perempuan telah menyamar menjadi adik perempuannya dan telah menipu ratusan ringgit pada orang awam dengan mengunakan namanya.
Menurutnya, modus operandi penipuan itu berjumpa ramai orang di pusat bei belah dan mengaku sebagai adik perempuannya serta meminta bayaran RM800 dengan menawarkan menjadi duta Exclusives sebaris dengan duta sedia kini dari Elrah.
“Saya terkejut apabila ada orang mencuba untuk mengaku sebagai adik perempuan saya, sedangkan saya hanya mempunyai seorang adik lelaki. Saya mendapat tahu tentang sindiket ini yang cuba menyamar sebagai ahli keluarga saya, dan saya rasa bertanggungjawab untuk melapor polis.
El turut mendedahkan modus operansi sindiket penipuan ini berlaku di pusat beli belah dan menipu mangsa-mangsa di negeri Kedah, Melaka dan Kalatan. Individu itu juga memaklumkan kepada mangsa pada tahun hadapan ada baju raya perempuan.
‘’Cara dia menipu, dia berjumpa orang awam di tepi jalan dan menawarkan model Elrah sister, jika orang itu berminat boleh berikan wang pendahuluan RM800 untuk ujibakat, selain itu dia menipu pakej umrah, dia beritahu kita nak pergi pakej umrah bersama duta-duta pada bulan 11 dan meminta wang pendahuluan RM1,500’’, Jelasnya pada majlis Elrah Exclusif bersama media yang berlangsung pada Khamis lalu.
Kebanyakan mangsa-mangsa ini merupakan pelajar lepasan SPM dari Kawasan luar bandar yang menjanjikan kata-kata manis dari invidu tersebut.
El juga turut mendapat idea dek isu yang tular ini mungkin pada tahun hadapan akan menambah produk pakaian wanita dan akan mengambil artis atau pempegarub media sosial sebagi duta bagi perniagaan itu.
Dalam pada itu, El juga turut berkongsi hasil jualan baju melayu telah mencatatkan peningkatan dan hampir RM200 juta.
Artikle Berkaitan :>
Elrah Exclusive hiasi papan iklan gergasi sebelah menara TRX, setaraf iklan jenama antarabangsa
Pemilik jenama Elrah tawar ganjaran RM100,000