Politik

Ekuiti korporat bumiptera: Ada saranan buat Syed Saddiq

ISU  pemilikan ekuiti korporat bumiputera turut menarik perhatian Ahli Parlimen Muar, Johor, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menjadi bebenang dalam media sosial Twitter.

Isunya, bagi mengekalkan pegangan ekuiti korporat bumiputera yang diagihkan atau dimiliki bumiputera, salah satu mekanismenya ialah dengan mewujudkan Bumiputera Equity Safety-net.

Sistem yang ditadbir urus oleh agensi, institusi atau sekretariat kepentingan bumiputera seperti MARA atau TERAJU.

Ia tiada kena mengena dengan ekuiti yang dimiliki bukan bumiputera.

Apabila Syed Saddiq menyatakan rancangan ekuiti bumiputera tidak adil buat rakyat Malaysia lain, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Datuk Dr. Hasan Mad membuat satu hantaran di Tweter.

“Kerajaan tidak kata ia akan dilakukan menerusi pengambilan ekuiti yang dipegang oleh bukan bumiputera.

“Itu sebab saya katakan, kenyataan Syed Saddiq itu berunsur fitnah dan cuba mencetuskan ketegangan antara ethnik,” tulis Hasan Mad.

Seorang pengguna medsos Twitter yang menggunakan akaun Rinny Ryn menulis, “Aku harap sangat Syed Saddiq ni terjun dari KLCC tanpa parachute macam yang TMJ sarankan tu!” – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button