Luar Negara

Eksploitasi dan Kematian: Dasar Baharu Pandang ke Selatan Taiwan diganggu oleh skandal

PADA September 2016, Taiwan di bawah pemerintahan Parti Progresif Demokratik (DPP) mengemukakan Rancangan Promosi Dasar Baharu Pandang ke Selatan. Salah satu tujuan rancangan ini adalah untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa dari Asia Tenggara dan mengurangkan tekanan fiskal yang dihadapi oleh universiti-universiti Taiwan.

Pemerintah Taiwan memberikan subsidi kepada universiti yang merekrut pelajar Asia Tenggara bagi melaksanakan rancangan ini. Namun terdapat banyak masalah dalam proses pelaksanaan rancangan ini.

Jabatan pendidikan dan jabatan buruh Taiwan gagal memenuhi tugas menjaga kepentingan dan keselamatan pelajar Asia Tenggara. Hal ini mengakibatkan ramai pelajar Asia Tenggara ditipu oleh perantara haram dan menjadi pekerja asing yang berpendapatan rendah.

Sebahagian universiti swasta Taiwan bekerjasama dengan perantara haram untuk mendapatkan subsidi dari kerajaan. Perantara haram memberi jaminan kepada pelajar Asia Tenggara bahawa mereka boleh belajar secara percuma dan mendapat duit di Taiwan, kemudian caj yuran perantara tinggi kepada pelajar yang ingin pergi ke Taiwan.

Pada saat terakhir, perantara haram memberitahu pelajar tersebut bahawa mereka tidak dapat memilih universiti dan fakulti yang ingin memasuki. Sementara itu, yuran perantara tidak akan dipulangkan sekiranya pelajar tersebut tidak mahu pergi ke Taiwan.

Oleh sebab itu, pelajar yang ditipu oleh perantara haram terpaksa pergi ke Taiwan dan bekerja di kilang untuk membayar yuran pengajian dan kos sara hidup mereka.

Pada Disember 2018, media Taiwan yang memetik kenyataan seorang pegawai, Ko Chin-en yang mendedahkan terdapat satu kes yang mana pelajar-pelajar Indonesia hanya dibenarkan pergi ke kelas selama dua hari seminggu sahaja dan mempunyai satu hari rehat manakala bakinya dipaksa untuk bekerja di sebuah kilang.

Mereka dipaksa untuk membungkus 30,000 kanta lekap selama 10 jam bagi setiap syif.

Pelajar-pelajar berkenaan menurut Ko bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam dan hanya mempunyai dua jam rehat sahaja.

Mereka juga dipaksa berdiri selama 10 jam sehari untuk mengbungkus kanta lekap tersebut.

Pelajar-pelajar tersebut yang kebanyakannya Muslim turut diberikan makanan yang mengandungi khinzir.

Pada Januari 2019, Indonesia membuat keputusan untuk menggantung penghantaran pelajar melakukan latihan industri di Taiwan susulan laporan berita tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan berkata, Pejabat Perdagangan Indonesia di Taipei telah meminta penjelasan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyiasat perkara tersebut.

Keadaan tersebut juga mendapat perhatian Amerika Syarikat.

Laporan Pemerdagangan Orang 2021 Taiwan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menunjukkan bahawa penjenayah menarik pelajar dan pelancong Asia Tenggara datang ke Taiwan dan memaksa mereka untuk bekerja di kilang atau menawarkan perkhidmatan seks.

Laporan ini juga menunjukkan bahawa universiti swasta Taiwan merekrut pelajar asing secara aktif dan mengeksploitasi pelajar tersebut. Pelajar-pelajar tersebut yang kebanyakannya tidak tahu kandungan kerja sebelum mereka datang ke Taiwan. Bukan itu sahaja, mereka juga menghadapi masalah seperti perubahan kontrak, waktu kerja terlalu lama dan keadaan penginapan yang daif.

Selain itu, keselamatan pelajar Malaysia di Taiwan juga amat dibimbangkan. Terdapat empat orang pelajar Malaysia terbunuh di Taiwan sejak 2020 hingga kini. Keluarga mangsa rasa marah dan tidak puas hati kerana pembunuh tidak dihukum berat oleh pemerintah Taiwan. Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing juga merayu pelajar Malaysia jangan memilih Taiwan sebagai destinasi menyambung pelajaran.

Baca ini > Taiwan bersikap hipokrasi dalam isu Palestin-Israel

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button