Ekonomi dunia mencabar, persediaan usahawan menghadapinya
BANGSA usahawan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu ada persediaan untuk berdepan rintangan yang semakin mencabar ketika ini.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, persediaan tersebut seperti dikatakan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman boleh menjadi kunci untuk mereka untuk bertahan bahkan berkembang lagi.
“Kami tahu, kebanyakan usahawan dalam situasi tak berapa baik ekoran kenaikan kos operasi disebabkan faktor dalaman dan luaran kepada mereka.
“Bukan itu saja, perubahan trend pembelian juga buatkan usahawan buntu hingga tak tahu nak fokus yang mana di samping strategi yang kurang tepat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam (21 September lalu), RichWorks bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyaksikan detik bersejarah dalam usaha rintis melahirkan usahawan jutawan desa melalui Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J@KPLB).
Mengulas mengenai usahasama itu, Radz memberiahu, pihaknya berterima kasih atas kepercayaan diberikan KPLB di bawah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan pengurusannya dalam usaha rintis melahirkan 25 bakal usahawan jutawan desa.
“Dr. Azizan dan RichWorks mempunyai formula terbukti, ilmu dan strategi terkini, bagi seseorang usahawan itu transformasikan bisnes ke tahap lebih tinggi.
“Kami bercakap berdasarkan bukti dan pencapaian dalm membimbing usahawan di mana 326 usahawan berjaya capai jualan RM1 juta pertama mereka sejak 2019 dan bagi tahun lalu saja, seramai 72 usahawan jutawan dilahirkan,” jelasnya.
Sehubungan itu, Radz memberitahu, kini pilihan kepada usahawan desa terlibat untuk betul-betul menggunakan peluang bimbingan ini, ilmu dan panduan terbukti untuk lebih maju ke hadapan.
“Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, KPLB memberikan peluang kepada mereka, maka tunjukkannya dengan komitmen yang tinggi untuk capai sasaran RM1 juta pertama,” ujarnya.
Dalam pada itu, Radz juga menyaksikan sebenarnya masih ramai usahawan di luar sana termasuk dari luar bandar yang berniaga lebih tiga tahun, ada kehendak capai RM1 juta namun belum berjaya lagi.
“Sebab itu, kami nak menjemput usahawan-usahawan ini, yang sudah bertahun berniaga untuk hadir ke 10X Bina Bisnes Berjaya pada hujung Oktober nanti,” katanya.
Untuk keterangan lanjut, layari www.binabisnesberjaya.com. – SM
Artikel berkaitan > KPLB lahir lebih 64,000 usahawan desa