Ejen Mossad Yang Pernah Tamatkan Riwayat Pensyarah Palestin Di Setapak Masih Bebas!
Kejadian berlaku pada pukul 6.00 pagi bersamaan 21 April 2018 dan sekarang sudah melepasi tarikh 21 April 2021, tragedi hitam yang pernah menggemparkan negara masih belum selesai.
Mana tidaknya, sudah masuk tahun ketiga kelibat atau jasad ejen Mossad yang pernah membunuh pensyarah Palestin di Setapak, Kuala Lumpur belum ditemui.
Apakah sempat lari ke negara luar sebelum Covid-19 datang berkunjung atau masih berada dalam Malaysia dan membina terowong untuk tentera Zionis melancarkan serangan?
Perkara ini tiada sesiapa pun yang ada jawapannya namun yang pasti setiap kali wujudnya persoalan, ada kalanya ia bertukar menjadi teka-teki yang sangat misteri.
Mengimbau sejarah hitam pensyarah Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, beliau mati ditembak dengan 10 das tembakan sewaktu berjalan ke Surau Medan Idaman, Setapak bagi menunaikan solat Subuh.
Penembak dipercayai menunggang motorsikal jenis BMW dan menembak Fadi yang juga merupakan pakar dalam bidang penggunaan tenaga secara dekat.
Peristiwa ini dianggap sebagai pembunuhan terancang oleh ejen Mossad kerana Fadi merupakan jurutera Palestin dan didakwa pernah terbabit dalam pergerakan pejuang Hamas.
Ekoran kejadian tersebut, Fadi yang berkhidmat di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) telah meninggalkan 3 orang anak serta seorang balu.
Siasatan polis pula membabitkan pelbagai aspek termasuk mendapatkan bantuan polis antarabangsa (INTERPOL), polis ASEAN (ASEANAPOL) dan agensi perisikan asing.