Eh! Bukan KJ yang pertama suntik vaksin, tahniah pemimpin AMK
Orang pertama dan kedua di Malaysia yang disuntik vaksin (peringkat kajian klinikal) adalah saudara Adam Loh yang juga Naib Ketua Angkatan Muda (AMK) Keadilan Kedah dan BK Tan dari AMK Sungai Petani.
Tahniah atas keberaniaan dan pengorbanan mereka.
Ketua AMK Keadlian Akmal Nasir turut berbangga dengan keberanian dua pemimpin muda tersebut.
“Mereka telah mengambil inisiatif dengan menawarkan diri sebagai sukarelawan kajian ini dan berani mengambil risiko supaya negara kita dapat mencari vaksin yang selamat dan berkesan demi melindungi orang ramai daripada COVID-19,” katanya dalam hantaran Twitter beliau.
“Fasa ini adalah pusingan terakhir ujian sebelum sebarang vaksin atau ubat diluluskan untuk kegunaan umum. #AMKMalaysia merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih buat sdr Adam Loh & BK Tan atas pengorbanan yang diberikan. Sama-sama kita doakan agar usaha ini berjaya,” katanya.
Kebimbangan orang ramai adalah kerana beberapa kematian yang berlaku selepas suntikan vaksin COVID-19.
Di Norway 23 orang meninggal dunia dalam beberapa hari setelah menerima dos pertama vaksin Pfizer COVID-19, dengan 13 daripada kematian tersebut – semua pesakit di rumah jaga – nampaknya berkaitan dengan kesan sampingan tembakan, kata pegawai kesihatan.
Reaksi biasa terhadap vaksin, termasuk demam dan loya, “mungkin punca kematian beberapa pesakit lemah.
Di Indonesia Presiden, Joko Widodo menerima suntikan vaksin COVID-19, Sinovac, sekali gus menjadi rakyat pertama negara itu berbuat demikian.
Ia disiarkan secara langsung menerusi media tempatan dan akaun YouTube, Sekretariat Presiden.
Di Malaysia ramai yang berharap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi orang pertama disuntik vaksin tersebut dan setidak-tidaknya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin menjadi orang pertama kerana beliau sering bercakap soal jaminan dan keselamatan vaksin.