Hiburan

Edrie Hashim bawakan Open Jam Session: Hub hiburan artis tempatan

ESOK pukul 8 malam, bertempat di Poolside Bistro Hotel Ideas, Jalan Raya Laut, Kuala Lumpur, konsep live band yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tarikan utama hotel bertaraf lima bintang di ibu kota, diberikan ‘nyawa’ oleh produser, composer, gitaris, Edrie Hashim.

Edrie berkata, tiada gunanya seseorang artis itu mempunyai single sekiranya tiada stage untuk diadakan persembahan kerana ini era baharu, tahun 2023 yang mana tiada lagi pentas-pentas fun fair untuk dipijak oleh artis-artis bagi memperkenalkan lagu-lagu nyanyian mereka.

SERAH sementara gitar eletrik pertama Edrie Hashim yang berusia lebih 30 tahun kepada Penolong Pengurus Eksekutif Ideas Kuala Lumpur, Suhailiazman Johari sambil disaksikan oleh Pengurus Besar Golden Peak Hospitality & Consultancy, Tengku Faizal di Poolside Bistro untuk dipamerkan kepada pengunjung di Pameran Gitar Edrie Hashim.

“Bermula esok malam, Pat Candy atau Pat GV akan membuka tirai persembahan di Bistro #Ideashotel yang mana selepas itu nanti, setiap malam, pengunjung yang mahu menikmati live band session bolehlah datang ke sini untuk relaks, santai sambil berhibur,” katanya usai sidang media semalam.

Pada sidang media yang turut dihadiri oleh Pengurus Besar Golden Peak Hospitality & Consultancy, Tengku Faizal dan Penolong Pengurus Eksekutif Ideas Kuala Lumpur, Suhailiazman Johari semalam, Edrie berkata, selain daripada membantu artis tempatan untuk kembali aktif, beliau mahu menghidupkan semula suasana Planet Hollywood yang mana di situlah tempat artis-artis tempatan mengadakan persembahan.

EDRIE HASHIM dengan gitar elektrik pertama dibeli oleh arwah datuknya. Gitar ini dipamerkan di Pameran Gitar Edrie Hashim di Poolside Bistro Ideas KL.

“Industri muzik Malaysia memerlukan positiviti kerana kita ketandusan platform untuk artis mengadakan persembahan. Artis dan platform kenalah jalan seiring dan persembahan konsert tidak sama dengan persembahan atas stage.

“Inilah yang saya bersama Ideas bawakan untuk artis-artis tempatan supaya tidak membuat persembahan di pentas atau stage yang berpasu bunga,” kata Edrie dalam maksud yang tersurat dan tersirat.

Artis yang membuat persembahan di platform pentas secara live akan memberi inspirasi kepada artis-artis muda di luar sana termasuk mereka yang berminat dalam muzik, untuk suatu hari nanti berdiri di atas pentas dan mengadakan persembahan.

“Saya akui saya menjual mimpi namun untuk jangkamasa panjang, inilah inspirasi yang disuntik dalam kalangan adik-adik di luar sana,” katanya.

PAT CANDY akan membuka tirai persembahan Open Jam Session @ Ideas KL di Poolside Bistro, malam esok.

Malam esok, malam pembukaan Open Jam Session @ Ideas KL dan pengunjung yang menikmati persembahan secara live band sambil menjamu selera, dapat juga menyaksikan pameran gitar elektrik milik Edrie yang digantung di Poolside Bistro Ideas.

Gitar yang mempunyai value sentimental ini adalah antara gitar elektrik kesayangan Edrie yang tidak boleh dijual beli.

Artis-artis dari #Neogendang juga akan mengadakan persembahan dan Open Mic Session, kerjasama strategik bersama Ideas akan diadakan pada hari Ahad ini.

Artis berkumpulan seperti Maman Teacher’s Pet, Asheed DefGabC dan kemungkinan juga Wings juga akan menjayakan Open Jam Session @ Iedas KL, kata Edrie. – SM

BACA Dayang Nurfaizah akui banyak persembahan batal, pendapatan berkurangan

BACA Persembahan penyanyi luar negara: Jangan menyusahkan penyanyi tempatan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button