Rencah Hidup

Ebit Lew bercuti sama keluarga, mahu reda Allah

PENDAKWAH terkenal Ebit Lew kini bercuti bersama keluarganya di lokasi pelancongan terkemuka Pulau Langkawi.

Beliau yang berkongsi gambar besama isterinya di media sosial berkata, dia hanya mahu mendapat keredaan Allah.

“Selalu sibuk. Beberapa hari ni dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah.

“Doakan ye. Hidup hanya nak sukakan Allah yakni untuk mendapat Redha Allah,” ciap beliau di Twitternya.

Ebit turut melahirkan rasa kesyukuran kerana ditemukan dengan isterinya untuk menjadi pasangan hidup.

“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana. Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini.

“Hidup hanya untuk Allah sayang. Reda Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan. Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat 8 bilion manusia seluruh Alam. Kita tak datang dalam dunia,” kata Ebit.

Selain bercuti, Ebit meluangkan masa menziarahi Hospital Sultanah Maliha. Dalam lawatannya itu, dia turut memberikan sumbangan kepada hospital terbabit.

“Saya aturkan sedikit sumbangan buat hospital. Face shield dan tuala yang diperlukan lagi. Terima kasih doktor dan semua frontliner kerana selama ini setiap hari belum berhenti berjuang berkorban untuk kami semua.

“Semoga Allah beri kekuatan. Hanya Allah dapat balas semuanya. Dialah sebaik-baik pemberi balasan atas segalanya. Kepadanya sahaja kita berdoa dan berharap,” kata Ebit.

Pendakwah bebas itu juga sempat menziarahi mangsa kebakaran yang kehilangan rumah akibat insiden malang itu.

Ebit membantu mangsa dengan memberikan wang pendahuluan untuk menyewa rumah baru serta sumbangan lain.

“Rasa sebak kasihan pada kakak ini dan suami rumah sewanya terbakar di Langkawi. Syukur anak kecilnya dua tahun selamat. Kakak ni mendapatkan rawatan di wad. Berkongsi ujian ini kasih sayang Allah.

“Menangis tadi bila berdoa bersama. Alhamdulillah mereka dibantu juga oleh masyarakat setempat dan ketua masyarakat di sana. Insya-Allah doakan buat kakak ini dan keluarganya,” katanya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button