Teknologi

e.Mas 7 kenderaan elektrik pertama keluaran Proton

JENAMA kereta tempatan, Proton bakal memperkenalkan produk baru mereka iaitu, Proton e.Mas 7 yang merupakan kenderaan elektrik pertama di Malaysia.

Syarikat automotif nasional itu menjelaskan Proton e.MAS 7 menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.

“SUV segmen C, e.MAS 7 menekankan komitmen Proton terhadap agenda kenderaan elektrik kerajaan yang menyeru pembuat kereta nasional untuk memperkenalkan kenderaan elektrik menjelang 2025.

“Walaupun pelancaran penuh akan diadakan akhir tahun ini, pengesahan nama dan pratonton model baharu ini menunjukkan pendekatan proaktif Proton dalam menerajui industri automotif negara ke arah masa depan yang lebih lestari,” menurut Proton dalam kenyataan pada Sabtu.

Proton memaklumkan sejak pengumuman jenama kenderaan elektrik baharunya, e.MAS, dan pengenalan 18 pengedar pada Jun, Pro-Net kini mengembangkan rangkaian dengan jumlah keseluruhan 29 pengedar di seluruh negara.

Pro-Net, anak syarikat Proton, menyasar untuk mempunyai 25 bilik pameran Proton e.MAS yang akan beroperasi sebelum pelancaran sulung Proton e.MAS 7.

“Proton e.MAS 7 yang dibangunkan bersama Geely merupakan SUV segmen-C yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden dengan menawarkan ruang dan utiliti yang luas,” tambahnya.

Menurut Proton, Proton e.MAS 7 telah menjalani ujian yang ketat dengan 700,000 waktu kerja dan 10 juta kilometer dilakukan untuk mengesahkan ketahanan dan kebolehpercayaannya.

“Ujian menyeluruh ini memastikan kenderaan ini bersedia di jalan raya dan selamat,” jelasnya.

Kreadit: Bernama

Artikle Berkaitan :>

Proton sasar jual 2,500 unit sebulan model X50 2024

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button