Gajet

E-Azzuha lancar aplikasi untuk mudahkan perjalanan umrah dan Haji

BAGI memudahkan perjalanan Umrah dan Haji, aplikasi terbaru dilancarkan dari syarikat Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd, ”e-Azzuha” satu inovatif yang sangat efisiensi bagi golongan jemaah.

Walaupun baru sahaja diumumkan pada pra-pelancaran pada dua minggu yang lepas namun berjaya mencapai lebih 3,000 muat turun.

3,000 orang sudah memuat naik aplikasi e-Azzuha

Kejayaan ini mengukuhkan posisi e-Azzuha sebagai platform digital utama dalam pengurusan perjalanan Umrah dan Haji, membawa inovasi dan efisiensi kepada industri pelancongan Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Azzuha Group, Hj Abdul Malik Abdul Raman, menyifatkan sambutan luar biasa ini sebagai tanda kepercayaan jemaah terhadap teknologi yang memudahkan pengurusan perjalanan Umrah.

“Sambutan positif ini memberi kami semangat untuk terus memperbaiki perkhidmatan demi keselesaan pengguna,” ujarnya.

Aplikasi e-Azzuha menawarkan pelbagai ciri menarik, termasuk pilihan pakej Umrah, tempahan, dan pengurusan perjalanan secara digital.

Jemaah boleh mengakses perkhidmatan menyeluruh – dari tempahan tiket hingga pemantauan perjalanan, memastikan perjalanan mereka lebih teratur dan selesa. Kejayaan mencapai 3,000 muat turun menunjukkan permulaan yang baik dalam usaha transformasi digital dalam industri pelancongan Islamik.

Pra-pelancaran e-Azzuha berlangsung semasa Majlis Tautan Kasih Hujjaj Azzuha di Putrajaya, yang dihadiri lebih 1,000 orang, menunjukkan minat tinggi masyarakat terhadap inovasi dalam sektor ini.

“Kami berhasrat menjadi peneraju dalam memperkenalkan solusi digital yang memudahkan jemaah menguruskan perjalanan mereka dengan lebih mudah,” tambah Hj Abdul Malik.

Antara ciri inovatif aplikasi ini adalah penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu jemaah merancang perjalanan secara terperinci. Modul perjalanan Umrah yang menyeluruh ini memberikan panduan lengkap dari awal hingga akhir perjalanan, memastikan setiap langkah diurus dengan baik.

Selain itu, aplikasi e-Azzuha memudahkan pembayaran dalam talian yang cepat dan selamat, membolehkan jemaah membuat pembayaran tanpa perlu ke pejabat fizikal. Ciri pemantauan status perjalanan juga memudahkan jemaah mendapatkan maklumat terkini tentang penerbangan, penginapan, dan panduan perjalanan.

Kemudahan berhubung terus dengan mutawif dan pegawai khidmat pelanggan juga menambah nilai kepada pengalaman pengguna.

“Kami mahu setiap jemaah merasa seolah-olah mereka sentiasa dibimbing sepanjang perjalanan mereka,” kata Hj Abdul Malik.

Azzuha Group Travel & Tours menyasarkan untuk mencapai 20,000 pengguna menjelang akhir tahun, dengan pencapaian 3,000 muat turun sebagai langkah awal yang menjanjikan.

Aplikasi e-Azzuha kini boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Google Play Store.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button