Rencah Hidup

Duta Besar Indonesia ke Malaysia bimbang MoU pembantu rumah dilanggar

Pembantu rumah dari Indonesia nak gaji RM1,500

ISU pembantu rumah dari Indonesia bukan satu isu yang baharu sebaliknya ia adalah satu masalah yang berlarutan yang membabitkan pembantu rumah dari Indonesia.

Bahkan istilah pembantu rumah ini turut diubah kepada istilah Pengurus Rumah Tangga bagi memberi satu imej yang positif terhadap pekerjaan yang dilakukan oleh pembantu rumah ini.

Suatu ketika dahulu, istilah yang diguna pakai ialah orang gaji tetapi hari ini, istilah itu dilenyapkan kerana beranggapan, penggunaan istilah orang gaji amat rendah di pandangan mata masyarakat.

GAMBAR HIASAN

Sebenarnya bekerja sebagai pembantu rumah bukanlah rendah martabatnya sebaliknya ia adalah satu tugas dan tanggungjawab yang besar digalas oleh individu yang bekerja dalam bidang ini.

Akan tetapi kemasukan pembantu rumah dari Indonesia ke Malaysia turut terjejas apabila dunia dilanda pandemik Covid-19.

Itu sekali gus memberi kesan negatif kepada majikan dan pekerja kerana kekangan demi kekangan yang terpaksa dihadapi dalam membawa masuk pembantu rumah ke Malaysia.

Indonesia juga menghadapi masalah apabila rakyat mereka tidak dapat masuk ke negara ini untuk bekerja sepanjang tiga tahun ke belakangan gara-gara Covid-19.

Sekarang, apabila ada kelonggaran membuka pintu masuk ke negara ini, isu lain berkaitan pembantu rumah dari Indonesia pula berbangkit.

Upah atau gaji yang perlu dibayar oleh majikan kepada pekerja menjadi perhatian duta besar Indonesia ke Malaysia.

Kalau pembantu rumah itu rajin, jujur, amanah dan ikhlas dalam menjalankan kerja-kerjanya sebagai pembantu rumah, rasanya majikan tidak kedekut untuk memberi gaji yang lebih lumayan!

Beliau bimbang kalau-kalau gaji RM1,500 yang ‘dijanjikan’ tidak dibayar kepada rakyatnya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.

Hermono menyuarakan rasa bimbang pembantu rumah dari negaranya mungkin tidak menerima gaji RM1,500 seperti mana dijanjikan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di antara Malaysia dan Indonesia awal bulan ini.

Beliau berkata, MoU itu dengan jelas menyatakan majikan perlu membayar pembantu rumah “tidak kurang daripada RM1,500” ,

SARAVANAN MURUGAN

Pembayaran dibuat terus ke dalam akaun bank mereka dan pemeteraiannya oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Ida Fauziyah yang bermakna mereka mempunyai perjanjian.

“Mungkin sekarang orang akan kata, ‘Kerajaan saya tidak setuju untuk bayar. Jadi, saya ikut kerajaan saya. Saya tidak akan bayar RM1,500. Ini akan menjadi masalah bagi kami,” luah Hermono.

Beliau mengulas kenyataan Saravanan semalam bahawa kerajaan Malaysia tidak bersetuju dengan gaji RM1,500 dan terpulang kepada majikan untuk memilih membayar jumlah itu. Saravanan turut berkata, gaji yang ditetapkan dalam MoU itu “bermula RM1,200”.

Hermono berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana masih belum bercakap dengan Saravanan sejak kenyataan itu dikeluarkan.

Minggu lepas, Hermono berkata, MoU itu mengikat “dari segi moral dan undang-undang” dan pihak berkuasa dari kedua-dua negara mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button