Nasionalpilihan

DUN Kuala Kubu Bharu kekal milik PH

PAKATAN Harapan (PH) melalui calon DAP, Pang Sock Tao mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu dalam pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga lagi calon termasuk dari Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu, Khairul Azhari Saut.

Sock Tau memperolehi 14,000 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya. Khairul Azhari mendapat 10,131 undi.

Dua lagi calon iaitu Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 undi.

Keputusan rasmi PRK DUN Kuala Kubu Baharu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada Sabtu malam.

Dalam pada itu, Yuhanas memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK kali ini ialah 61.51 peratus.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.
Pada PRN lalu, Kee Hiong dengan majoriti 4,119 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button