Luar Negara

Dubai buka museum dengan bangunan paling indah di dunia

DUBAI membuka Museum of the Future pada semalam, mempunyai struktur yang menakjubkan yang digembar-gemburkan sebagai bangunan tercantik di dunia.

Muzium itu berbentuk ellipse perak berongga dengan tujuh tingkat dihiasi dengan kaligrafi Arab dengan kata-kata daripada pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum, dan mempunyai beribu-ribu meter lampu LED di lebuh raya utama, Sheikh Zayed Road di bandar itu.

Penganjur mengatakan, walaupun kandungan museum itu belum didedahkan, ia akan mempamerkan reka bentuk dan inovasi teknologi, membawa pengunjung dalam ‘perjalanan ke tahun 2071’.

Dalam pada itu, papan tanda di tepi jalan menggambarkan muzium itu sebagai ‘bangunan paling indah di bumi’ menjelang pembukaan galanya.

Muzium itu juga terletak hanya beberapa minit dari Burj Khalifa, iaitu bangunan tertinggi di dunia.

Related Articles

Ini adalah tambahan terbaharu kepada koleksi seni bina mencolok Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan datang selepas pameran dunia Ekspo bernilai AS$7 bilion, yang merupakan penampilan sebilangan besar reka bentuk futuristik, dibuka di pinggir Dubai pada 30 September tahun lalu.

Ibu kota UAE, Abu Dhabi adalah rumah kepada cawangan Louvre, yang lesennya dilanjutkan kepada sedekad tahun lalu hingga 2047 dengan kos sebanyak 165 juta euro.

Sejak Presiden Perancis, Emmanuel Macron membuka Lourve Abu Dhabi pada akhir 2017, ia menarik kira-kira dua juta pengunjung dalam dua tahun pertamanya, sebelum Covid-19 melanda.

UAE yang kaya tidak merahsiakan niatnya untuk meningkatkan kuasanya sebagai hab perdagangan dan pelancongan serta mempelbagaikan ekonominya daripada minyak.

Ia juga telah berusaha untuk mengembangkan sektor angkasa lepasnya dengan menghantar angkasawan pertamanya ke angkasa lepas pada tahun 2019 dan satu kuar angkasa bernama ‘Amal’ (harapan) telah dilancarkan ke orbit sekitar Marikh pada tahun lalu dan menjadi negara Arab pertama yang melakukan kejayaan sedemikian. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button