Dua terbunuh di restoran McDonald’s
DUA terbunuh selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah restoran McDonald’s di bandar Zwolle di utara Belanda semalam, kata polis dan media tempatan.
Penyiar tempatan RTL Oost berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 6 petang, waktu tempatan.
Ketika insiden, lelaki terbabit sedang menjamu selera dan didatangi lelaki bersenjata yang terus melepaskan tembakan kearah mereka dalam serangan yang jelas bersasar, kata salah seorang saksi di tempat kejadian.
“Lelaki itu mula-mula memesan makanan dan duduk di meja berhadapan dengan dua mangsa sebelum menembak.
“Terdapat panik besar-besaran dalam kalangan pelanggan yang semuanya cuba melarikan diri ke luar,” tambah RTL Oost.
Polis dan ambulans bergegas ke tempat kejadian di mana pekerja penyelamat cuba menyelamatkan salah seorang mangsa yang cedera, yang kemudiannya meninggal dunia.
Pihak polis tempatan juga mengatakan pencarian lelaki bersenjata akan diteruskan.
Justeru, tiada sebarang maklumat yang diberikan mengenai motif kejadian dan identiti kedua-dua mangsa. – Berita Harian – SM