Agama

Dua suami dalam satu masa

Seorang peguam syariah, Tuan Shazril Kahairy Haji Mustafa  mendedahkan kisah seorang wanita mempunyai dua orang suami dalam masa yang sama.

Miliki dua suami dalam satu masa

Perkara ini berlangsung selama dua tahun menlayari perkahwinan sehinggakan suami pertama langsung tidak tahu tentang kewujudan suami kedua.

Isu yang pernah berlaku pada 10 tahun lepas, seorang perempuan dan pasangan pertamanya bertindak untuk nikah di Thailand dipercayai kerana hubungan mereka tidak mendapat restu keluarga.

“Wanita tersebut setiap hari keluar bekerja dan bekerja itu sebenarnya tidak pergi kerja, dia pergi rumah suami pertama terlebih dahulu sehinggalah perkawinan beliau dengan suami yang ke-2.” Jelasnya.

Perkawinan kedua juga dilangsungkan secara meriah apalagi si ayah adalah berstatus orang berada.

“Mungkin suami pertama ini tahu dan terlukalah disebabkan itu dia telah mendedahkan surat nikah tersebut kepada pejabat agama sehingga menjadikan 2 suami dalam 1 masa.

Pada awalnya wanita tersebut berkeras menafikan perbuatanya namun Tuan Shazril dan bapa wanita itu pergi ke sendiri ke Pejabat Majlis Agama Islam Songkla untuk mengesahkan status anak perempunya.

“Di Majlis Agama Islam Songkla ada satu surat akuan yang dibuat oleh wanita tersebut iaitu secara suci hati tanpa paksa dan sukarela untuk berkahwin tanpa paksaan jadi disitu adalah tulisan tangan wanita tersebut dan bapanya juga turut mengesahkan tulisan anak beliau.

Pada awalnya wanita tersebut enggan mengaku, namun Tuan Shazril memangil wanita tersebut untuk adakan perbincagan secara tertutup.

“Tiada pengakuan dari wanita tersebut dan enggan untuk mengaku dan sekerasnya-kerasnya menafikan.

“Saya katakana pada wanita tersebut kena jujur kerana melibatkan dua suami, saya juga tidak boleh selesaikan tanpa kejujuran. Pada akhirnya wanita ini mengaku dia telah berkahwin dengan suami yang pertama di negara Thailand dan belum disahkan lagi pernikahan tersebut.

Isu ini selesai bila mana wanita itu akur untuk memilih suami kedua atas pilihan ayahnya manakala wanita tersebut memilih untuk bercerai dengan lelaki pertama

“Kalau wanita tersebut memilih suami pertama hanya sekadar melakukan proses pengesahan nikah di mahkamah sahaja dan sekiranya mahkamah membenarkan atau mengesahkan nikah tersebut maka terfaraklah pernikahan kedua.

“Kerana tidak ada nikah wujud selepas perkahwinan yang pertama”. Katanya lagi.

Jika mengikut hukum perkawinan wanita tersebut bersama suami kedua tidak sah kerana telah mempunyai suami.

Maka perkawinan kedua itu perlu di farakkan, pernikahan kedua juga tidak sah dan perlu akad nikah kembali selepas wanita itu habis eddah.

Mujur sahaja tiada anak, jika tidak perlu mungkin lagi rumit keadaan perlu lakukan ujian DNA dan tentukan siapa bapanya.

Sebenarnya isu ini sering terjadi yang sering melibatkan pasangan Indonesia membuat dokumen sacara palsu

Perlu diingatkan apabila cukup rukun dia adalah sah dan sabit walaupun dia berkahwin di Thailand atau Malaysia maka sah mengikut hukum syarak.

@mingguanwanita

Ingat ke pergi kerja, rupanya.. #fyp #mingguanwanita

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Kreadit Video : Tiktok Mingguan Wanita

Artikel Berkaitan :>

Mahkamah Syariah Perlis laksana kes cerai tertutup 1 Julai

Pernah dikecam kerana cerai isteri ketika pantang, Daus dedah kisah sebenar

Mais tak iktiraf pernikahan di Thailand

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button