Analisis

Dua perkara aneh minggu ini

DUA perkara aneh pada saya berlaku minggu ini ialah Tan Sri Syed Mokhtar Bukhory berucap dikhalayak ramai dan Lim Kit Siang menerima anugerah gelaran Tan Sri.

Syed Mokhtar bukan sahaja tidak pernah tampil di khalayak ramai, tetapi juga membuka kisah bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orang yang menjadi punca kepada kejayaan bisnesnya hari ini dan beliau menganggap perdana menteri itu sebagai abang.

Sedangkan sejak sekian lama Syed Mokhtar orang terkaya di Malaysia itu sering dikaitkan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sering mendapat projek besar semasa pemerintahan pemimpin itu.

Terdapat juga kisah-kisah bahawa Syed Mokhtar sebenarnya akrab dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyelamatkan perniagaannya apabila menganugerahkan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor ketika Muhyiddin menjadi menteri besar Johor.

Peristiwa ini juga menunjukkan bahawa Syed Mokhtar juga adalah manusia biasa yang keutamaannya adalah untuk menyelamatkan perniagaannya dan sanggup bekerjsama dengan sesiapa sahaja.

Manakala Kit Siang seorang pemimpin yang berpaksikan kepada perjuangan sosialis akhirnya menerima gelaran dari istana.

Ini juga menunjukkan beliau hanya manusia biasa dan akhirnya teringin juga mempunyai gelaran tinggi di dalam status masyarakat sebelum memejam mata.

Mungkin juga ia helah untuk menunjukkan bahawa beliau bukan seorang pemimpin yang anti-Melayu seperti digambarkan oleh pihak lawan sebelum ini.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button