Dua jurugambar selamat wanita daripada terjun jambatan Pulau Pinang
BUTTERWORTH: Dua jurugambar akhbar Masry Che Ani, 48, dari The Sun dan Ahmad Zhafaran Nasib, 38, dari The Star berjaya menyelamat seorang wanita yang cuba terjun ke laut di Jambatan Pulau Pinang hari ini.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, kedua-kedua jurugambar yang dari arah Butterworth menuju ke George Town, terlihat seorang wanita berusia 30-an sedang memanjat tembok di hentian kecemasan di Kilometer 3.4.
Susulan itu, Masry Che Ani bertindak pantas dengan menarik wanita itu dan dibantu Ahmad Zhafaran Nasib bagi menghalang wanita tersebut terjun ke laut.
Selepas berjaya menyelamat wanita tersebut, Ahmad Zhafaran cuba memujuk dan menenangkan wanita berkenaan sementara menunggu ketibaan anggota polis peronda dan pegawai PLUS.
Tindakan yang pantas 👍