Nasional

Muhyiddin prihatin masalah jurang digital yang belum selesai

Tan Sri Muhyiddin Yassin apa yang diusahakan oleh terdahulu di bawah Perikatan Nasional (PN) bagi merapatkan jurang digital dapat diteruskan.

“Saya telah melakukan yang terbaik bagi merapatkan jurang digital khususnya liputan internet jalur lebar di kawasan luar bandar,” katanya.

Malah, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah mengarahkan kerajaan di bawah pimpinannya untuk mempertingkatkan keupayaan akses kemudahan internet ke seluruh negara tanpa meninggalkan kawasan luar bandar.

Menurut beliau, walaupun liputan jalur lebar tidak menjadi isu di bandar tetapi ia kekal sebagai cabaran yang sukar bagi masyarakat luar bandar di Malaysia disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk kos penggunaan yang tinggi disebabkan oleh lokasi yang jauh, pilihan sambungan jalur lebar yang terhad, liputan yang lemah dan kepadatan penduduk yang kecil.

“Sesuatu yang menyedihkan saya apabila kita mendengar cerita kanak-kanak luar bandar terpaksa memanjat pokok semata-mata untuk mendapatkan sambungan internet yang lebih baik untuk keperluan pembelajaran mereka.

“Ada juga pelajar universiti di pedalaman Sabah membina pelantar kayu di atas pokok untuk mendapatkan jaringan internet yang lebih baik bagi persediaan menghadapi peperiksaan. Ini menggambarkan terdapat jurang yang besar terhadap akses jalur lebar antara bandar dan luar bandar,” katanya ketika berucap melancarkan Program Mendayakan Ketersambungan Luar Bandar dan Merapatkan Jurang Digital Dengan TV White Space untuk masyarakat di Lenga, Pagoh, hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) menambah, Dasar 4IR Negara telah diperkenalkan yang mana ia merupakan rangka dasar peringkat nasional untuk menyelaras tindak balas dasar kerajaan dalam memanfaatkan potensi sosioekonomi dan menguruskan risiko yang wujud daripada 4IR.

Beliau menambah, Dasar 4IR Negara mengambil kira keperluan untuk mengoptimum sumber dan penyelarasan pelaksanaan dasar lain yang berkaitan.

AHli Parlimen Pagoh itu berharap penduduk Lenga beroleh manfaat daripada dasar 4IR Negara yang beliau perkenalkan dengan pemasangan TV White Space di empat lokasi di Lenga pada tahun 2021.

Beliau memberitahu, pemasangan itu telah terbukti sebagai penyelesaian yang berkesan dalam membolehkan sambungan jalur lebar juga boleh dilakukan di luar bandar.

“Berbanding dengan pilihan jalur lebar lain seperti satelit, gentian optik, 3G/4G/5G atau pautan gelombang mikro, TV White Space ialah penyelesaian sambungan jalur lebar kos rendah, mudah dan pantas digunakan. Ia adalah suatu penyelesaian praktikal untuk kawasan luar bandar di Malaysia di mana liputan TV adalah tinggi dan menjangkau kebanyakan kawasan luar bandar.

“Pengalaman Pagoh ini adalah bukti bahawa TV White Space berfungsi dengan baik dalam membolehkan sambungan jalur lebar dapat diperolehi di luar bandar.

“Saya amat berharap pada masa akan datang, TV White Space akan membolehkan lebih ramai lagi komuniti luar bandar di seluruh Malaysia dapat menikmati sambungan jalur lebar dengan lebih pantas dan lebih murah,” jelasnya.

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button