Nasionalpilihan

Dua buah kereta dihempap pokok tumbang, pemandu selamat

DUA lelaki terselamat selepas kereta mereka dihempap pokok besar yang tumbang di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar hari ini.
Ismail Yaacob, 61, dan Miswan Shah Dasnir, 38, yang terperangkap dalam dua kereta bersaingan berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang awam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.43 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkifli Md Esa bersama 12 anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Dua buah jentera dan unit motosikal RIM diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi

“Setibanya di lokasi didapati sebatang pokok tumbang menghempap dua kereta dan pasukan dimaklumkan terdapat dua mangsa berada dalam kenderaan terbabit tetapi berjaya dibawa keluar oleh orang awam,” katanya seperti yang dipetik dari Astro AWANI.
Ahmad Naufal berkata, pasukannya kemudian melakukan operasi memotong dan membersihkan pokok terbabit serta menghubungi Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk tindakan lanjut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button