KebakaranNasional

Dua beradik pengsan ketika rumah terbakar berjaya diselamatkan bomba

BOMBA berjaya menyelamatkan dua beradik yang pengsan selepas rumah dihuni mereka di Jalan Tembikai 17, Taman Kota Masai dekat Pasir Gudang, terbakar awal pagi tadi.

Kebakaran membabitkan tiga rumah teres di lokasi berkenaan.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Sarhan Akmal Mohamad berkata, ketika kejadian kedua-dua beradik itu, Azian Zainalabidin, 20, dan Murni Atikah, 25, sedang tidur di tingkat atas rumah.

“Kami menerima panggilan kebakaran pada pukul 3.37 pagi. Seramai 21 anggota balai Pasir Gudang dan balai Johor Jaya dikerah ke lokasi.

“Pasukan operasi yang tiba di lokasi dimaklumkan berkaitan keadaan dua beradik berkenaan.

“Kami terus masuk ke rumah dan semasa diselamatkan, kedua-dua beradik berkenaan pengsan. Kami memberikan bantuan awal kecemasan dan mereka kemudiannya berada dalam keadaan separa sedar,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Sarhan Akmal berkata, kedua-duanya terus dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.

Katanya lagi, tujuh sekeluarga mendiami rumah terbabit ketika kejadian.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan, kesemua mangsa sudah keluar sebelum menyedari dua beradik berkenaan masih berada di dalam rumah.

“Berdasarkan maklumat jiran, ia berpunca daripada garaj rumah berkenaan. Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

“Turut terbakar ialah Toyota Yaris, Toyota Avanza, Proton Saga serta tiga motosikal,” katanya. – SM

BACA Empat beradik maut kebakaran ketika ibu keluar ke kedai, bapa bekerja

BACA Gadis sunti 12 tahun meninggal dunia dalam kebakaran

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button