Nasional

Dua bayi diterbangkan TUDM dari Sabah ke Kuala Lumpur

DUA bayi dari Kota Kinabalu Sabah diterbangkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Kuala Lumpur untuk menapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Bayi berkenaan diterbangkan menerusi penerbangan ihsan TUDM untuk menjalani prosedur pembedahan jantung dengan kada segera di IJN malam tadi.

Mohammad Zayan Hafeez Abdullah berusia tiga minggu sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu selepas mengalami masalah jantung ‘Mixed Total Anomalous Pulmonary Vanous Drainage (Unobstructed)’.

Sementara Muhammad Zul Aris Muhammad Zainulariffin yang berusia satu bulan pula menghidapi masalah ‘Clinical Down Syndrome’ juga mendapat rawatan di hospital sama sebelum itu.

“Penerbangan ihsan ini menggunakan pesawat angkut A400M dari No. 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

“Pesawat telah diterbangkan oleh Leftenan Kolonel Nazlan Shah Zainal TUDM dan dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapten Noor Mohamad Farhan Mohamad Noor TUDM bersama dua orang ‘Loadmaster’, FSjn. U. Norfadley Saad serta Sjn. U. Nazmil Hafis bin Mohamad Nayan bersama dua orang Technician Kpl. U. Mohd. Yazid Sapeei dan Kpl. U. Muhammad Haziq Shaharuzaman.

“Turut mengiringi bayi dalam penerbangan ini adalah ibu bayi berkenaan berserta seorang pegawai perubatan dan dua (2) orang jururawat.”

Demikian kenyataan dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM yang memaklumkan pesawat berlepas dari Kota Kinabalu pada pukul 7.04 malam tadi dan tiba di Pangkalan Udara SUbang pada pukul 9.41 malam.

Tambahnya, penerbagan ihsan ini merupakan tanggungjawab sosial TUDM untuk membawa pesakit bagi mendapatkan rawatan segera.

Bagaimanapun, kemudahan ini tertakuk kepada kriteria-kriteria tertentu termasuk nasihat daripada pegawai perubatan.

“Ini memperlihatkan keprihatinan dan komitmen TUDM dalam melunaskan tanggungjawab sosial serta sentiasa siap siaga untuk mengoperasikan aset-asetnya pada masa yang diperlukan.

“Seluruh warga TUDM mendoakan supaya kedua-dua bayi berkenaan dapat menerima rawatan dengan segera serta diberikan kesembuhan.

“Semoga usaha yang dilaksanakan oleh TUDM dengan kerjasama pasukan perubatan melancarkan proses rawatan perubatan dan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga bayi berkenaan,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button