Nasionalpilihan

Dua anggota polis ditahan, lakukan pemerasan dan terima suapan RM200

DUA anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel ditahan kerana lakukan pemerasan dan mengambil wang berjumlah RM200 daripada seorang pekerja penyelenggara lampu jalan.

Difahamkan, kedua-dua anggota polis tersebut telah ditahan kira-kira pukul 2.45 pagi tadi selepas mangsa membuat laporan kira-kira sejam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama rakan sekerja dalam perjalanan ke kawasan kerja di Petaling Jaya.

“Dua anggota polis yang menaiki kereta peronda telah menahan mangsa dan memberitahu berlaku perlangaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu menaiki kenderaan melebih had yang dibenarkan.

“Anggota juga telah mengarahkan mangsa untuk menghubungi majikannya. Tidak lama kemudian, anggota itu meminta mangsa memberikannya wang sebanyak RM200,” katanya.

Menurut Mohamad Fakhrudin, mangsa kemudian memuat naik status luahan ketidak puasan hatinya di akaun Twitter berkenaan kejadian tersebut.

Jelasnya, bertindak atas maklumat tersebut, kedua-dua anggita polis itu telah ditahan dan turut ditemukan ialah wang RM200 yang disyakil hasil pemerasan terhadap mangsa.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan jenayah,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button