Nasional

Dr. Noor Hisham bukti betapa hebatnya penjawat awam jika diberi peluang

KETIKA era pentabiran Pakatan Harapan menerajui peperangan melawan COVID-19 nama Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah kurang dikenali.

Setiap kali sidang akhbar berkaitan Covid-19 berlangsung lensa kamera lebih tertumpun kepada Menteri Kesihatan ketika itu Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Semua soalan daripada wartawan dijawab menteri.

Sementara Dr. Noor Hisham hanya berdiri di sebelah Dr. Dzulkefly dan hanya sesekali menasihatkan menteri. Ketika itu nama Dr. Noor Hisham tidak langsung menyerlah.

Apabila berlaku peralihan kuasa daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional nama Dr. Dzulkefly menjadi sebutan netizen di media sosial apabila terpaksa meletakkan jawatan.

Status terakhir Dr. Dzulkefly sebagai Menteri Kesihatan di akaun Twitter rasminya menerima hampir 40,000 tanda ‘likes’ selain diulang ciap lebih 37,000 kali.

Walaupun ringkas, ciapan Dr Dzulkefly mengenai status wabak COVID-19 yang diakhiri dengan kenyataan terakhirnya sebagai Menteri Kesihatan mendapat maklum balas lebih 2,000 komen yang rata-ratanya memuji cara kerja beliau menangani virus terbabit.

Pengguna Twiter dikenali Dr Rafidah Abdullah menyifatkan ayat terakhir Dr Dzulkefly sebagai berita sedih.

“Dua lagi kes COVID-19 pulih sepenuhnya. Tiada kes positif terbaru. Jumlah yang pulih sepenuihnya adalah seramai 20 orang. Dua masih dirawat. Tweet saya terakhir sebagai YBMK (Yang Berhormat Menteri Kesihatan),” katanya.

“Ayat terakhir itu paling menyedihkan. Terima kasih di atas segala sokongan kepada kami di Kementerian Kesihatan. Anda sudah melaksanakan tugas yang cemerlang,” katanya.

“Terima Kasih Dr Dzulkefly sepanjang perkhidmatan anda. Antara menteri yang terbaik dan menjalankan amanah dengan baik,” ciap seorang lagi pengguna Twitter, Nurhadi.

Ketika itu Dr Dzulkefly dianggap sebagai wira mengepalai peperangan menghapuskan Covid-19. Peletakan jawatannya mengusarkan sebilangan rakyat.

Rupanya dibelakang kehebatan seorang menteri terdapat penjawat awam yang lebih memahami keadaan yang berlaku. Lebih-lebih lagi situasi itu terkait dengan profesyennya.

Hari ini seluruh rakyat Malaysia dapat melihat betapa hebatnya penjawat awam apabila diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan.

Selepas hampir sebulan sejak 23 Mac lalu, muncul di kaca televisen menjawab soalan-soalan sukar daripada wartawan dengan cara yang sangat senang difahami oleh rakyat, nama Dr. Noor Hisham melonjak naik.

Dr. Noor Hisham mengantikan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dalam sidang akhbar berkaitan Covid-19 selepas Dr. Adham terkait kontroversi saranan minum air suam dan digunakan oleh musuh politiknya untuk memburukkan imej beliau.

Sebelum diberi peluang Dr. Noor Hisham juga hanya duduk di tepi menemani menteri ketika sidang akhbar berlangsung.

Hari ini Dr. Noor Hisham diiktiraf sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis COVID-19.

Menurut laporan CGTN, Dr Noor Hisham adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang coronavirus, selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Ketiga-tiga mereka dipuji kerana sejak beberapa minggu lalu, mengenengahkan penampilan yang ‘tenang, jelas dan meyakinkan’ bagi menyalurkan maklumat serta fakta kepada orang ramai mengenai pendemik ini.

Menurut CGTN, mereka bukan menteri Kabinet, namun berjaya muncul sebagai ‘wajah’ negara masing-masing dalam memerangi wabak COVID-19, malah ada yang menggelar mereka ‘pujaan hati, rock star dan hero negara’ di media.

Kita mungkin tidak tahu kehebatan Dr. Noor Hisham atau penjawat awam yang lain jika mereka tidak diberi peluang.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button