Politik

Tun M harap Guan Eng cepat sembuh, patuh PKP

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendoakan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng agar segera pulih daripada pembedahan bahu.

Dalam ciapan di Twitter, Dr. Mahahir juga menasihatkan Setiausaha Agung DAP itu untuk terus berehat di rumah dan patuhi Perintah Kawalan pergerakan (PKP).

“Saya harap Guan Eng cepat pulih dan sihat. Teruskan berehat di rumah dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini,” kata Dr. Mahathir.

Guan Eng dibenarkan keluar dari sebuah hospital semalam selepas selamat menjalani pembedahan bahu kiri selepas mengalami kecederaan beberapa hari lalu.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bagaimana anggota badannya itu tercedera dan tahap kecederaan yang dialaminya.

Guan Eng kemudian berterima kasih atas mesej yang dihantar oleh Dr. Mahathir. Dalam ciapan balasnya, beliau turut mendoakan agar Dr. Mahathir juga diberikan kesejahteraan kesihatan dan keselamatan.

Walapun berada dalam keadaan yang masih belum sembuh daripada pembedahan, Guan Eng turut mengikuti perkembangan semasa apabila memberitahu Dr. Mahathir bahawa pemulangan sebahagian wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kelmarin merupakan berita baik.

Menurutnya, pemulangan sebahagian wang 1MDB itu merupakan usaha yang dibuat di bawah kepimpinan Dr. Mahathir.

“Terima kasih Tun atas mesej. Saya doakan Tun dikurnia kesihatan dan keselamatan. Satu berita baik, akhirnya pemulangan sebahagian wang 1MDB yang kita usahakan di bawah pimpinan Tun sudah terlaksana. Semoga keadilan terus ditegakkan demi rakyat dan negara,” ciap Guan Eng.

Kelmarin, Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) memulangan AS$300 juta wang yang didakwa yang diseleweng daripada dana 1MDB.

Mei tahun lalu, AS mula memulangkan dana yang berjaya ditemui semula, membabitkan bayaran pertama hampir AS$200 juta (RM836 juta)

Pemulangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan wang yang dikembalikan sebanyak RM2.6 bilion (AS$600 juta).-SM

 

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button