Ekonomi

Lafaz nikah Sabri Yunus dan Ageline Tan sah!- Dr Maza

Baru-baru ini pelakon dan pengarah, Sabri Yunos telah bernikah bersama aktres mualaf iaitu Angeline Tan, ramai yang terkejut dengan pernikahan itu dan mendoakan yang baik buat pasangan ini, ditambah pula mereka memang pernah berlakon sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tan Tu’ yang pernah popular pada era-90 an.

Di saat ramai yang mendoakan tentang hubungan mereka berdua ada pula pihak yang menimbulkan pernikahan mereka tidak sah.

Namun Mufti Negeri Perlis, Dr Prof. Madya Datuk’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr Maza berkata pernikahan dengan lafaz ijazkabul yang ringkas adalah sah.

“Sesiapa yang membaca hadis-hadis nabi mereka akan mengetahui bahawa nabi akad nikah memang mudah, yang penting cukup rukun dan adanya ijab dan kabul.

“Ijab dan kabul maksudnya adanya kita memberikan satu tawaran perkahwinan manakala satu pihak lagi menyambut tawaran perkahwinan. Tak adalah dalam agama ini, kena satu nafas, kena hafal balik perkataan orang yang akad itu. Bila dia kata ‘seperti mana yang disebutkan’, maka akan berlaku ijab dan kabul.

“Yang penting adanya ungkapan yang menyatakan bernikah, dengan siapa yang dinikahkan dan pihak yang satu lagi menerima serta adanya dua orang saksi”. Katanya.

Dalam pada itu, Dr Maza juga menegur sesetengah jurunikah supaya tidak menyulitkan bakal pengantin selain berharap proses ijabkabul Sabri dan Angeline tersebut dijadikan contoh.

“Kadang-kadang saya lihat macam ‘raging’, macam nak denda pula pasangan berkahwin. Kita jangan jadikan benda ini terlalu rumit, benda yang halal. Ini semua perkara-perkara yang tidak benar yang akhirnya menyusahkan.

“Orang sekeliling boleh pula kata ‘tak sah, ulang-ulang’. Ini bukan satu permainan. Lafaz itu telah sah mengapa perlu di ulang?

“Sebab itu, mudah-mudahan ini menjadi contoh dan kita mengingatkan jurunikah jangan payah-payahkan hal yang seperti ini, yang penting mudah dan disunahkan sebelum itu adakan kita adakan khutbah nikah”. Jelasnya.

Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu.

Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992.

Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Walau bagaimanapun, Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.

Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button